Kenaikan elaun ahli parlimen daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 semalam mendapat sambutan baik dari semua anggota Dewan Rakyat.
Namun, biarpun dinaikkan ke gred Jusa C, rakyat diharapkan tidak menyamakan seorang ahli parlimen dengan penjawat awam.
Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kedudukan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat jauh berbeza berbanding penjawat awam.
Katanya kenaikan elaun itu diberikan kerana tanggungjawab setiap ahli parlimen yang sangat besar kepada masyarakat terutama di kawasan yang diwakili.
"Pengredan itu bukan bermakna ahli parlimen sama taraf dengan penjawat awam Jusa C tetapi cuma dari segi elaunnya sahaja mengikut gred itu.
"Kita perlu faham, tanggungjawab ahli parlimen atau wakil rakyat ini besar, malah setiap bulan, ada yang datang untuk meminta duit kerana nak bayar sewa rumah, nak bayar bil elektrik dan macam-macam lagi.
"Jadi elaun ahli parlimen itu bukan hanya untuk tampung keluarga sendiri tetapi untuk masyarakat juga, kalau dengan jumlah sekarang memang tak cukup," katanya kepada Astro AWANI.
Biarpun menyambut baik pengumuman kenaikan elaun itu, Dr Abdul Latiff menganggap sepatutnya ada peruntukan khas untuk ahli parlimen membayar gaji kepada pegawai penyelidik dan pemandu.
Katanya, dengan peruntukan khas itu, ahli parlimen tidak perlu memotong elaun mereka untuk membayar gaji pegawai penyelidik dan pemandu.
"Elaun yang dinaikkan itu untuk digunakan bagi membantu masyarakat, jadi kalau ada peruntukan khas untuk pegawai penyelidik dan pemandu lebih baik," katanya lagi.
Pendapat yang sama dikongsi oleh ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin yang berpendapat setiap ahli parlimen perlu mempunyai pegawai penyelidik yang bergaji tetap.
Katanya, seorang pegawai penyelidik yang bagus perlu dibayar dengan gaji yang setimpal bukan dengan elaun yang rendah kerana mereka memberikan input yang baik kepada ahli parlimen.
Selain itu, beliau juga menjelaskan kenaikan elaun ahli parlimen juga sepatutnya disertakan dengan peruntukan khas untuk pusat khidmat.
"Peruntukan khas untuk pusat khidmat dan pegawai penyelidik amat penting kepada setiap ahli parlimen memerlukan penyelaras di pusat khidmat yang membantu kerja-kerja pentadbiran.
"Selain itu, pegawai penyelidik perlu dibayar dengan gaji yang tinggi kerana tugas yang dilaksanakan bukanlah kerja mudah," katanya.
Manakala ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berpendapat sudah tiba masanya untuk elaun ahli parlimen dinaikkan.
“Secara keseluruhannya saya kata wajar sebab atas permintaan ‘backbencher’ kerana kalau mereka yang ada segala macam peruntukan terasa terbeban tambahlah pulak kami pembangkang, tanah merah selori pun orang minta kat kami.
“Saya pun tak tahu berapa jumlah naik,” katanya.
Manakala ahli parlimen Kota Bahru, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata kenaikan elaun amat wajar terutama kepada yang mewakili Pakatan Rakyat.
Katanya, ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mempunyai peruntukan khas untuk disalurkan atas nama bantuan rakyat sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional (BN).
"Saya berpendapat amat wajar dan bertepatan dengan masa kerana elaun ahli parlimen ini digunakan untuk membantu masyarakat.
"Bagi ahli parlimen pembangkang, kami tidak mempunyai peruntukan untuk bantaun rakyat, jadi semuanya dari duit poket ahli parlimen.
"Macam ahli parlimen PAS, 25 peratus dari elaun kami berikan kepada parti dan beberapa peratus lagi untuk pusat khidmat," katanya.
Beliau juga sependapat dengan ahli parlimen lain supaya dipertimbangkan agar peruntukan khas untuk membayar gaji pegawai penyelidik dapat disediakan.
Semalam ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri mengumumkan kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Selain itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua juga akan menikmati kenaikan gaji dan elaun.
Perdana Menteri, berkata elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
Irwan Muhammad Zain
Sun Oct 12 2014
Kenaikan elaun bukan bermakna sama taraf dengan penjawat awam - Ahli Parlimen
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.