Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang bertanggungjawab menyelaras pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), akan diperkukuh dengan peruntukan RM660 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata peruntukan itu merangkumi penambahan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis DiRaja Malaysia dan satu batalion Tentera Darat dengan 1,280 anggota baharu yang diluluskan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dua kem juga akan dibina di Esszone iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem Angkatan Tentera Malaysia di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
"Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan berkeupayaan tinggi," katanya ketika membentang "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Esszone merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau, yang meliputi 1,733.7 kilometer.
Najib berkata kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubah suai dan sebuah kapal 'auxillary' sebagai 'Sea Basing' di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak RM230 juta melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat Petronas.
"Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta," katanya.
Selain itu, perdana menteri berkata perkampungan-perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan akan turut ditempatkan semula secara berperingkat.
"Kerajaan berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak," kata beliau.
Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri semasa lawatannya ke Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas, susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo sebulan sebelum itu.
Bernama
Fri Oct 10 2014
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dua kem juga akan dibina di Esszone iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem Angkatan Tentera Malaysia di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
BAJET 2015: Pertemuan dengan pemain industri kreatif minggu depan - Shabery Cheek
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bertemu dengan pengusaha industri kreatif bagi membincangkan mengenai peruntukan Bajet 2015.
Pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia di Putrajaya
Pusat Percetakan Al-Quran, yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, bakal dibina di pusat pentadbiran negara, Putrajaya.
Had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan daripada RM80,000 kepada RM120,000.
Peruntukan RM9.1 bilion mampu mantapkan keupayaan PDRM - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap peruntukan sebanyak RM9.1 billion dalam Bajet 2015 dapat memantapkan keupayaan dan kapasiti pasukan keselamatan itu.
BAJET 2015: Apa yang anda perlu tahu?
Intisari penting pembentangan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat".
Bajet 2015: RM100 juta untuk majukan industri kreatif
Sebanyak RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara.
BAJET: Bantuan persekolahan RM100, baucar buku RM250 diteruskan
Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250.
BAJET: Pasar raya dan gedung nikmati jualan memberangsangkan
Subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan kukuh 8.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014.
BAJET 2015: Pengecualian GST ke atas jualan runcit RON95 dan barangan lain
Pengumuman pengecualian GST ke atas penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG serta barangan lain.
Sepintas lalu "Bajet 2015 : Ekonomi keperluan rakyat"
Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, Jumaat.