awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2015: Tiada kenaikan gaji tetapi pertimbangkan cadangan CUEPACS - Azih Muda

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2014
07:50 MYT
Bajet 2015: Tiada kenaikan gaji tetapi pertimbangkan cadangan CUEPACS - Azih Muda
Tiada kenaikan gaji tetapi pertimbangkan cadangan Cuepacs - Azih Muda
Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), kata Presidennya, Azih Muda.
Katanya, biarpun tidak ada kenaikan gaji diumumkan oleh Perdana Menteri tetapi fokus yang diberikan terhadap golongan muda dan wanita amat dialu-alukan.
Beliau juga menjelaskan, Bajet 2015 juga memperlihatkan sikap kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu golongan muda yang baru mula bekerja memiliki rumah.
"CUEPACS secara kseluruhannya berterima kasih kepada kerajaan dengan pengumuman bonus setengah bulan kepada kakitangan awam.
"Bajet 2015 ini biarpun tidak ada diumumkan tentang kenaikan gaji tetapi telah terdapat beberapa cadangan CUEPACS yang telah dipertimbangkan," katanya kepada Astro AWANI.
Namun beliau menjelaskan, menerusi Bajet 2015, sepatutnya kerajaan turut mempertimbangkan elaun rumah kepada kakitangan awam.
Menurut Azih, tanpa elaun rumah, kakitangan awam tetap akan berdepan masalah untuk membeli rumah kerana gaji yang sedia ada masih tidak mencukupi.
Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan rakyat semalam mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. "Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini. Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
Topic Berkaitan
#Azih Muda
#Bajet 2015
#cuepacs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan