Kerajaan diharap memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.
Biarpun tahun 2015 dianggap satu tahun yang bakal memberi cabaran namun, ahli-ahli politik yakin kerajaan mampu menanganinya dengan baik.
Bagi Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Latiff Ahmad, biarpun golongan berpendapatan rendah sering menjadi keutamaan tetapi kerajaan perlu lebih memberi perhatian kepada kumpulan tersebut dalam Bajet 2015.
Katanya, tumpuan yang lebih itu perlu diberikan memandangkan 40 peratus rakyat yang berpendapatan rendah mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan.
"Jumlah 40 peratus ini agak besar dan jika kerajaan tidak memberi lebih perhatian kepada golongan berpendapatan rendah, ia sesuatu yang tidak kena kerana jumlah itu perlu dikurangkan.
"Saya tidak nafikan agihan pendapatan negara perlu sama rata, perlu semua lapisan masyarakat merasainya, dan setiap tahun kerajaan tidak pernah melupakan golongan berpendapatan rendah tetapi cabaran 2015 amat besar jadi mahu tidak mahu kumpulan ini perlu diberi perhatian," katanya kepada Astro AWANI.
Dr Latiff juga berpendapat, agihan pendapatan negara ini, yang diberikan setiap tahun. 'buta warna' kerana ia tidak mengenal kaum.
"Sudah terbukti sejak sekian lama bahawa kerajaan tidak pernah memberi bantuan hanya kepada satu kaum.
"Agihan pendapatan negara ini suadh terbukti 'buta warna'. ia tidak mengenal kaum, kalau mereka layak, maka layaklah," katanya lagi.
Bagi seorang lagi Anggota MT UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat mutakhir ini dapat diselesaikan.
"Saya yakin kerajaan mendengar keluhan rakyat dan saya juga berharap agar masalah kos sara hidup yang dihadapi ini dapat diselesaikan.
"Saya sangat berharap agar kerajaan dapat memberi satu formula atau langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat ini," kata Ahli Parlimen Lenggong ini.
Sementara Anggota Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Liew Chin Tong juga berkongsi pendapat yang sama dengan Dr Latiff dalam hal kepentingan memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata, dalam keadaan eksport yang tidak bagus, eknomi negara perlu banyak bergantung kepada permintaan tempatan.
Katanya, golongan berpendapatan rendah merupakan asas dalam ekonomi negara kerana jika tidak ada permintaan tempatan, ekonomi negara tidak akan berkembang.
"Kerajaan harus faham bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada eksport akibat masalah ekonomi di Amerika Syarikat yang sangat lemah.
"Oleh yang demikian kerajaan perlu mengharapkan kepada permintaan tempatan dan untuk mengembangkan permintaan tempatan, golongan berpendapatan rendah perlu diberi perhatian.
"Kerajaan tidak seharusnya terlalu mementingkan cukai baru dalam mengembangkan ekonomi negara kerana permintaan tempatan juga dapat membantu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara pemimpin dari Sabah dan Sarawak, mereka berharap agar bajet 2015 memberi tumpuan kepada aspek pembangunan di dua buah negeri itu.
Bagi Datuk Fadillah Yusof, bajet 2015 diharapkan memberi peruntukan lebih besar terhadap pembangunan infrastruktur di Sarawak.
"Saya berharap agar peruntukan lebih besar dapat diberikan untuk dibangunkan kemudahan asas yang lebih baik bagi rakyat di Sarawak.
"Dengan peruntukan yang besar ini, dapat dibina jalan raya yang lebih baik dan juga banyak sekolah dapat dibina, dan dengan cara itu, dengan adanya kemudahan asas yang baik, rakyat Sarawak dapat bersaing dengan mereka yang di Semenanjung.
"Contohnya, kalau ada jalanraya yang baik, maka sistem ekonomi juga dapat dikembangkan. Biar ekonomi rakyat bertambah baik, maka mereka dapat memberi pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak," kata Ahli Parlimen dari parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepada Astro AWANI.
Pendapat yang sama dikongsi oleh Datuk Bung Mokhtar Radin dari Sabah, yang berharap agar peruntukan lebih besar diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
"Rakyat Sabah tentunya mahukan lebih banyak kemudahan asas dibina kerana masih banyak yang belum dapat dilaksanakan.
"Masih banyak kawasan yang belum mempunyai kemudahan elektrik dan jalan raya yang baik berbanding kawasan-kawasan di Semenanjung," katanya.
Manakala seorang pemimpin PAS, Dr Dzulkfly Ahmad pula berharap agar bajet 2015 ini benar-benar mendahulukan rakyat seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.
"Menerusi Bajet 2015 ini, jika Perdana Menteri berkata beliau mendahulukan rakyat maka ini adalah peluangnya untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar melaksanakan apa yang dikatakan.
"Jika kita lihat, jurang kekayaan antara Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak sangat ketara, jadi saya harapkan agar Bajet 2015 ini dapat mengurangkan jurang ini," kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu.
Irwan Muhammad Zain
Fri Oct 03 2014
Bajet 2015: Tumpuan perlu kepada golongan berpendapatan rendah
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
[UNDIAN] Adakah sumbangan ibu bapa kepada sekolah kerajaan mencukupi?
Pada Bajet 2015, peruntukan kepada bidang pendidikan meliputi kira-kira 20 peratus daripada jumpah keseluruhan belanjawan.
Ekonomi negara akan terus berada pada landasan yang kukuh - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia tidak menunjukkan impak negatif susulan pengumuman mengenai penstrukturan semula Bajet 2015.
Struktur semula Bajet 2015: Langkah kerajaan perlu realistik - Penganalisis
Ketua ahli ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias berkata pengurangan defisit kepada 3% KDNK adalah sesuatu yang agak mencabar.
Penstrukturan semula Bajet 2015 tangani kemerosotan nilai ringgit, harga minyak
Perdana Menteri Najib Razak akan umumkan penstrukturan semula Bajet 2015 pada 20 Januari nanti.
Defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai
Sasaran defisit fiskal 3% bagi tahun ini mampu dicapai sekiranya penyelarasan tertentu dalam Bajet 2015 dapat dilakukan secepat mungkin.
Bajet 2015 mungkin distruktur semula, kata Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kemungkinan Bajet 2015 distruktur semula.
DBKL peruntuk RM2.44 bilion untuk Bajet 2015
Dewan Bandaraya Kuala lumpur memperuntukkan RM2.44 bilion untuk Bajet 2015 dengan RM1.63 bilion bagi mengurus dan RM812.54 juta untuk pembangunan.
Penurunan harga minyak mentah dunia: kerajaan tidak perlu pinda bajet
Penurunan harga minyak mentah dunia tidak memerlukan kerajaan meminda Bajet 2015 kerana ia tidak akan menjejaskan sasaran paras defisit sebanyak tiga peratus pada 2015,
BAJET 2015: Berapa kena bayar cukai pendapatan?
Beberapa profil individu yang kami sediakan sebagai rujukan untuk anda melihat secara ringkas perbezaan cukai bagi tahun taksiran 2014 dan 2015.
2 juta daripada 7 juta penerima BR1M tidak miliki akaun bank
Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan bantuan itu disalurkan terus kepada mereka.