awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2016: Microsoft Malaysia sambut baik peruntukan tingkat kelajuan Internet

Bernama
Bernama
24/10/2015
11:19 MYT
Bajet 2016: Microsoft Malaysia sambut baik peruntukan tingkat kelajuan Internet
Microsoft Malaysia juga menyatakan sokongan kepada langkah untuk merapatkan jurang digital dalam negara, selaras dengan usaha Malaysia ke arah menjadi negara maju. - Gambar Fail
Microsoft Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menjadi saluran menjayakan usaha Malaysia menjadi negara digital, kata Pengarah Urusannya, K Raman.
"Sebagai pemboleh teknologi, kami melihat kepentingan untuk lebih berhubung, negara digital, bermula dengan keterbukaan dan kerjasama, dan didorong oleh penyertaan, inovasi dan pertumbuhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat", mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk meningkatkan kelajuan Internet di kawasan luar bandar daripada 5Mbps kepada 20Mbps.
Microsoft Malaysia juga menyatakan sokongan kepada langkah untuk merapatkan jurang digital dalam negara, selaras dengan usaha Malaysia ke arah menjadi negara maju.
"Bajet 2016 adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam membuka jalan bagi Malaysia menjadi sebuah negara berasaskan pengetahuan, berpendapatan tinggi menjelang 2020," kata Raman.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media Sdn Bhd Zainir Aminullah berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk bergerak dari negara pengeluaran ke arah industri pembangunan kandungan kreatif dalam cara yang bersepadu, dari penjanaan idea kepada pengeluaran dan pengkomersilan.
"Kita perlu menggalakkan pemilikan hak harta intelek (IP) tempatan dan bergerak melangkaui menjadi hab pengeluaran penyumberan luar," katanya sambil menambah ini bukan sahaja akan menyediakan lebih banyak peluang kepada peserta tempatan tetapi juga meningkatkan keupayaan untuk meluaskan eksport kandungan buatan Malaysia dan memacu persekitaran pembiayaan yang berterusan," katanya.
Topic Berkaitan
##Bajet2016
#Bajet 2016
#Internet
#K Raman
#Microsoft Malaysia
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan