KEPALA BATAS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap Kerajaan mempertimbangkan permohonan pengecualian duti setem 100 peratus bagi pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 sehingga RM 1juta pada pembentangan Bajet 2023 ini.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata menerusi inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-MILIKI) pengecualian duti setem 100 peratus adalah untuk pemilikan rumah pertama berharga RM500,000 ke bawah.
Manakala bagi rumah berharga RM500,000 sehingga RM1 juta pengecualian duti setem adalah sebanyak 50 peratus.
Justeru, beliau berharap pertambahan lagi 50 peratus diberikan bagi memastikan golongan M40 dapat merasai manfaat sama untuk pembelian rumah pertama mereka.
"Inisiatif duti setem kepada perumahan RM500,000 ke bawah dikecualikan 100 peratus, ia kerana salah satu perkara yang perlu semasa mahu membeli rumah adalah dikenakan duti setem. Sebab itu saya katakan kepada pemaju, ia juga sebagai salah satu strategi pemasaran mereka, namun perlulah dengan syarat pemberian 10 peratus diskaun kepada pembeli.
“Demikian juga dengan perumahan RM500,000 ke RM1 juta. Ramai yang bertanya kenapa rumah RM500,000 ke RM1 juta pun kita hendak beri duti setem juga?
"Kita mengharapkan kerajaan akan pertimbang untuk memberi lagi 50 peratus sebab kelompok yang beli rumah harga RM500,000 ke RM1 juta ini adalah kelompok M40.
“Saya tidak mahu dilihat hanya memperjuang keperluan kelompok B40... golongan M40 pun perlu juga. Sebagai contoh, suami isteri (bekerja sebagai) cikgu, mereka gabungkan gaji, maka mencecah RM10,000 ke RM15,000. Dari segi keupayaan memiliki hartanah, tentunya mereka akan membeli hartanah yang kos RM500,000 ke atas," ujar Reezal.
Dalam masa sama, Reezal Merican juga berharap kerajaan akan meneruskan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), yang menyediakan jaminan pembiayaan berjumlah RM2 bilion di bawah Bajet 2022.
Katanya, dengan adanya SJKP, ia akan membantu golongan yang berkemampuan namun tidak mempunyai penyata gaji atau pendapatan tidak tetap untuk mendapat akses pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Jom Beli Rumah Wilayah Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Lebih 15,000 pengunjung dijangka hadir pada Karnival sempena siri Jelajah Home Ownership Programme (HOPE).
Lebih 92,000 unit rumah yang belum terjual di seluruh Wilayah Utara ditawarkan pada program yang berlangsung selama tiga hari itu.
Karnival Jom Beli Rumah Wilayah Utara menyediakan sebanyak 45 reruai (pempamer) dengan penyertaan 23 pemaju perumahan seperti Bertam Properties Sdn Bhd, SP Setia Bhd, OIB Group, Aspen Group, Oriental Kedah Realty dan EcoWorld Property.
Astro Awani
Fri Sep 23 2022
Reezal mengulas perkara itu selepas merasmikan Karnival Jom Beli Rumah Wilayah Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat. - Astro AWANI
Pesara swasta rugi lebih RM163,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali, yang kemudian memerangkapnya dalam satu skim pelaburan.
Kanser, penyakit jantung, pneumonia antara punca kematian utama di Korea Selatan pada 2023
Kanser menyebabkan 166.7 kematian bagi setiap 100,000 penduduk Korea Selatan pada 2023, meningkat daripada 162.7 kematian pada tahun sebelumnya.
Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
Empat maut di Wilayah Ilocos, kebanyakannya akibat lemas, manakala seorang lagi maut akibat terkena renjatan elektrik di Lembah Cagayan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
Suri rumah maut kereta terbabas elak bangkai lembu
Seorang suri rumah maut manakala suami dan anak perempuannya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Gua Musang.
Banjir: JPN tawar penggantian dokumen pengenalan diri tanpa denda - Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Negara menawarkan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil lahir tanpa denda kepada mangsa banjir.
Tempat kerja, dobi digazet kawasan larangan merokok bermula 1 Jan depan
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat kerja termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.
[TERKINI] Empat kerja digazetkan kawasan larangan merokok mulai 1 Januarai
Bermula 1 Januari depan, premis dobi dan bangunan tempat termasuk sektor kerajaan serta swasta digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok.larangan merokok, kementerian kesihatan,
AWANI Ringkas: GISB: Sembilan lagi dilanjut reman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peralihan lesen: Selesaikan saman tertunggak terlebih dahulu - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan mentertai program khas peralihan lesen memandu Malaysia kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.
Bajet 2023: KPKT harap pengecualian duti setem 100% bagi pembelian rumah RM500,000-RM1 juta
Berharap pertambahan lagi 50 peratus diberikan bagi memastikan golongan M40 dapat merasai manfaat sama untuk pembelian rumah pertama.
Seri Pajam tawar rumah mampu milik, konsep mewah
Seri Pajam juga membuat promosi rumah teres dengan harga mampu milik, bermula serendah RM266,400, dengan bayaran ansuran hanya RM1,000 sebulan.
Tiada pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah ibu bapa kepada anak
Tambah Zafrul, peremitan duti setem tersebut terpakai bagi surat cara pindah milik harta tak alih yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2020.