awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet yang prihatin kepada rakyat Sarawak - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2017
08:16 MYT
Bajet yang prihatin kepada rakyat Sarawak - Abang Johari
Abang Johari menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri adalah belanjawan yang prihatin dengan keperluan infrastruktur dan sosial rakyat Sarawak. -Gambar fail
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat adalah belanjawan yang prihatin dengan keperluan infrastruktur dan sosial rakyat Sarawak.
Ujar beliau, melalui peruntukan itu, rakyat Sarawak akan bertambah yakin dan percaya dengan dasar yang dibawa oleh Kerajaan Persekutuan.
“Terima kasih kepada perdana menteri yang prihatin dengan kehendak rakyat Sarawak untuk menaikkan taraf infrastruktur dan juga sektor sosial yang sangat-sangat diperlukan di negeri Sarawak ini.
“Saya pasti rakyat sudah tentu yakin dengan apa sahaja dasar yang dilaksana oleh kerajaan kepada rakyat Sarawak,” kata Abang Johari.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Kebajikan Negara di Kuching, pada Jumaat.
Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukan lebih RM6 bilion pada pembentangan bajet semalam bagi tujuan pelaksaan pelbagai projek pembangunan di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Sarawak juga menerima peruntukan besar iaitu lebih dari RM1 bilion untuk membangunkan sekolah-sekolah daif, bekalan air, bekalan elektrik dan internet.
Topic Berkaitan
#Bajet2018
#Belanjawan
#Karnival Kebajikan Negara
#Najib Razak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan