awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen
RPN 2026-2035 reformasi strategik pendidikan negara bina modal insan berkualiti
PM New Zealand umum pilihan raya 7 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal guru digalak pilih opsyen pendidikan khas - Wong

Bernama
Bernama
29/09/2025
15:15 MYT
Bakal guru digalak pilih opsyen pendidikan khas - Wong
Wong berkata setakat ini, pengisian jawatan guru pendidikan khas telah mencapai kira-kira 90 peratus namun pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 97 peratus dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan lebih ramai bakal guru memilih opsyen pendidikan khas berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah rendah seluruh negara.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata setakat ini, pengisian jawatan guru pendidikan khas telah mencapai kira-kira 90 peratus namun pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 97 peratus dalam masa terdekat.
"Kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan dan fungsi kelas PPKI semakin tinggi sekali gus meningkatkan permintaan.
"Justeru, KPM mahu memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dapat ditempatkan di sekolah rendah yang menawarkan opsyen ini di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kelas PPKI Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Tak di Kampung Simee di sini hari ini.
Setakat 31 Julai lepas, seramai 10,359 guru pendidikan khas berkhidmat di seluruh negara dengan 6,799 kelas PPKI diwujudkan di sekolah rendah meliputi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan SJKC.
Wong berkata semua guru pendidikan khas dilatih di Institut Pendidikan Guru seluruh negara dan KPM turut menawarkan opsyen itu kepada pelatih baharu.
"Selain opsyen popular seperti Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, pendidikan khas juga amat penting kerana ia menyediakan laluan kerjaya yang relevan dalam bidang perguruan," katanya.
Mengenai permohonan pembukaan kelas PPKI, beliau berkata ia dinilai berdasarkan tiga kriteria utama iaitu tahap permintaan murid, ketersediaan fasiliti dan penjawatan guru.
Wong berkata penyediaan kemudahan seperti bilik darjah, tandas dan peralatan sokongan merupakan prasyarat penting sebelum sesebuah sekolah diluluskan untuk membuka kelas berkenaan.
"Kita mahu setiap kawasan yang mempunyai permintaan tinggi tidak tercicir daripada mendapat akses pendidikan khas sewajarnya selain memastikan pembelajaran berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan khas
#sekolah rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan