awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza

Bernama
Bernama
15/02/2025
06:49 MYT
Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Bakal haji diwajib menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Ringkasan AI
  • Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal, manakala vaksin COVID-19 dan influenza diwajibkan kepada kumpulan sasar seperti mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi.
  • Bakal haji boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih dengan janji temu melalui aplikasi MySejahtera atau laman rasmi Tabung Haji.
  • Bakal haji berumur 65 tahun ke atas dan individu berisiko tinggi perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza di fasiliti swasta yang tersenarai dalam aplikasi MySejahtera atau fasiliti swasta yang boleh memuat naik Sijil Digital Vaksinasi.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tabung Haji (TH) melalui siaran akhbar semalam menyatakan keperluan vaksin COVID-19 dan influenza adalah kepada bakal haji berumur 65 tahun dan ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan.
Bagi pelaksanaan vaksinasi COVID-19, bakal haji yang terlibat boleh mendapatkan suntikan vaksin secara percuma di 247 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara mengikut janji temu yang ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera atau laman rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my.
"Janji temu bagi vaksin COVID-19 boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera bermula 14 Feb dan individu boleh mendapatkan suntikan bermula 17 Feb.
"Notifikasi peringatan janji temu juga akan dihantar melalui aplikasi MySejahtera sehari sebelum tarikh janji temu," menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, bakal haji yang bukan dalam kumpulan sasar boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara sukarela di fasiliti kesihatan berkaitan setelah mendapat konsultasi daripada pegawai perubatan.
Sementara itu, bakal haji berumur 65 tahun ke atas serta individu yang dikategorikan berisiko tinggi semasa pemeriksaan kesihatan perlu mendapatkan suntikan vaksin influenza di mana-mana fasiliti swasta yang tersenarai dalam aplikasi MySejahtera atau fasiliti swasta yang boleh memuat naik Sijil Digital Vaksinasi ke aplikasi MySejahtera.
"Selaras dengan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan diumumkan baru-baru ini, bakal haji warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan kerajaan terpilih.
"Janji temu boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb, dengan tarikh janji temu akan diberikan bermula 18 Feb," menurut KKM.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan maklumat terkini dan panduan berkaitan vaksinasi kepada bakal haji boleh diajukan kepada KKM dan TH.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakal haji
#berisiko tinggi
#Kementerian Kesihatan
#Tabung Haji
#vaksin Meningococcal
#COVID-19
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan