KUALA LUMPUR: Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Abdul Samad yang memiliki empat cahaya mata berkata ujian yang dihadapinya itu bukan penghalang untuk menjadi tetamu Allah dan sedang melakukan persiapan akhir sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 15 Mei ini.
"(Persiapan) mental insya-Allah okey sebab saya pernah menunaikan umrah pada 2019 bersama-sama keluarga, jadi sudah ada asas. Saya juga buka YouTube setiap hari bagi mendengar pengalaman-pengalaman orang yang dah pergi (haji) dan ceramah-ceramah ustaz.
"Peluang seperti ini mungkin seumur hidup sekali sahaja, jadi kena jaga... betul-betul lakukan ibadah itu," katanya yang bekerja sebagai tukang urut kepada Bernama.
Menurut Abdul Samad dia akan menunaikan rukun Islam kelima itu bersama-sama isterinya, Ani Sharani Jemiran, 51, yang juga OKU penglihatan serta bekas guru sekolahnya dan isteri sebagai pengiring mereka berdua.
Seorang lagi bakal jemaah haji, Rabbi'ah Beve, 28, yang merupakan OKU fizikal turut teruja apabila berpeluang ke Tanah Suci.
"Saya mendaftar untuk menunaikan haji sejak 2008 semasa di bangku sekolah, namun apabila dapat surat tawaran baru-baru ini, ada sedikit rasa gementar apabila memikirkan ilmu agama di dada masih belum mencukupi.
"Alhamdulillah, dengan bantuan pihak Lembaga Tabung Haji (TH) yang menyediakan kursus asas haji dan kursus intensif haji, saya mendapat banyak ilmu dan gambaran sebenar cara menunaikan haji melalui penerangan dan amali," katanya.
Rabbi'ah yang merupakan seorang pengatur cara di sebuah badan bukan kerajaan turut memuji sikap ditunjukkan petugas TH yang prihatin dengan keperluan dan kebajikan bakal jemaah haji OKU sepertinya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Haji (TH) Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata agensi itu sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan setiap bakal jemaah haji khususnya golongan warga emas dan OKU.
"TH membenarkan seorang pengiring atau pembantu bagi memastikan jemaah OKU akan sentiasa ditemani waris atau keluarga sepanjang melaksanakan ibadat haji. TH juga menyediakan al-Quran Braille untuk kegunaan jemaah OKU penglihatan.
"Usaha-usaha TH dalam menyediakan persekitaran mesra OKU diteruskan setiap tahun termasuk dari segi pertolongan daripada petugas dan sahabat maktab untuk memudahkan perjalanan mereka," katanya.
Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi tahun 1445H/2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Abdul Samad berkata ujian yang dihadapinya itu bukan penghalang untuk menjadi tetamu Allah. - Gambar hiasan/ Reuters
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.