awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal pelatih wanita PLKN wajib jalani ujian kehamilan

Bernama
Bernama
19/08/2013
13:34 MYT
Bakal pelatih wanita PLKN wajib jalani ujian kehamilan
Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Keputusan itu dipersetujui anggota Jemaah Menteri pada 12 Julai lepas, katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Geo Kosmo di sini, hari ini.
Beliau berkata kumpulan ketiga untuk tahun ini yang memulakan latihan sejak dua hari lepas, bakal menjadi kumpulan pertama menjalani ujian itu.
Menurutnya sekiranya ada pelatih wanita yang positif ujian kehamilan, mereka akan diberi tempoh penangguhan daripada menjalani program itu.
"Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Kementerian Pertahanan dan hasil kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung ujian kehamilan ke atas bakal pelatih PLKN," katanya.
Kajian pada 2011 itu, yang melibatkan 4,500 responden daripada pelatih PLKN dan ibu bapa, mendapati sebanyak 94 peratus daripada mereka bersetuju ujian itu dilaksana.
Abdul Hadi berkata keputusan itu juga dibuat bagi menjaga keselamatan kandungan pelatih.
Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Abdul Hadi Awang Kechil
#pelatih
#plkn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan