awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar kereta, dua lelaki ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2023
01:48 MYT
Bakar kereta, dua lelaki ditahan
Perintah reman terhadap suspek yang berusia 17 dan 22 tahun akan dipohon di Mahkamah Majistret Seremban hari ini. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran sebuah kereta dalam kejadian pada awal pagi semalam di Taman Seremban Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata, sebelum itu, pada hari sama jam 11.49 pagi pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki berusia 19 tahun mengenai keretanya terbakar hampir 50 peratus.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa meletakkan kereta di hadapan rumahnya di Taman Seremban Jaya.
"Hasil siasatan mendapati seorang lelaki membaling sesuatu disyaki cecair mudah terbakar ke arah kereta tersebut dan melarikan diri.
"Bagaimanapun pihak kami masih menjalankan siasatan punca kejadian itu," katanya.
Nanda berkata, susulan itu, polis membuat tangkapan ke atas dua lelaki berusia 17 dan 22 tahun bagi tujuan siasatan dan perintah reman terhadap kedua-dua suspek akan dipohon di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.
"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Seremban
#Nanda Maarof
#bakar kereta
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan