awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar kereta: 'Kenyataan Koo Ham mengenai khianat adalah andaian peribadi' - Saifuddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/01/2024
09:40 MYT
Bakar kereta: 'Kenyataan Koo Ham mengenai khianat adalah andaian peribadi' - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, polis akan membuat siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti elemen berkaitan kejadian seperti motif dan identiti suspek. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kenyataan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Seri Ngeh Koo Ham bahawa perbuatan khianat di rumahnya di Ayer Tawar pada pagi Rabu, mungkin ada kaitan dengan tindakannya menyentuh bidang kuasa perundangan Islam, hanyalah andaian semata-mata.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan membuat siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti elemen berkaitan kejadian seperti motif dan identiti suspek.
Katanya, masyarakat perlu kekal bertenang dan mempunyai keyakinan penuh kepada pihak berkuasa, kerana keselamatan rakyat serta ketenteraman awam merupakan keutamaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dia (Koo Ham) adalah mangsa, dan dari segi siasatan polis, kita kata tugas polis untuk kenal pasti motif, mengesan suspek, mencari punca... dan siasatan sudah pun bermula.
“Pada masa sama kita ulangi jaminan kepada masyarakat... kita minta jangan ada pihak yang mengambil tindakan melampaui lunas undang-undang.
"Saya percaya masyarakat akan meletak keyakinan pada polis dengan keupayaan yang ada. Kami kekal menggesa rakyat untuk bertenang, dan jaminan keselamatan negara adalah keutamaan polis,” katanya lagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi Rabu, sebuah kenderaan Koo Ham musnah terbakar, manakala dua lagi kenderaan terjejas hampir 30 peratus akibat perbuatan khianat, dipercayai menggunakan bahan peledak ‘molotov cocktail’.
Kam Hoo, yang juga Penasihat DAP Perak dalam sidang media di Ayer Tawar mendakwa, perbuatan itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan beliau yang mencadangkan agar pakar pelembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa untuk mengkaji konflik antara undang-undang syariah dan Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan tersebut dipercayai menimbulkan kemarahan ramai pihak, sehingga Ahli Parlimen itu membuat permohonan maaf dan mendakwa kenyataan beliau telah dilaporkan di luar konteks sebenar.
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#kebakaran kereta
#Saifuddin Nasution
#agama islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan