KUALA LUMPUR : Slot untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di Lembah Klang secara jumpa terus atau 'walk-in' setakat jam 5 petang ini berbaki 2,177 untuk hari ini.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melalui perkongsian di laman Twitternya hari ini, Slot Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Hotel Movenpick, Sepang merekodkan jumlah tertinggi dengan 757 slot.

Manakala, slot kedua tertinggi diikuti dengan Pusat Konvensyen Bangi Avenue iaitu 712 slot.

"Hotel Wyndham, Klat mempunyai 508 slot. PPV di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, jumlahnya pula adalah 200.

"Di Dewan Komuniti Serendah, tiada slot yang dibuka setakat jam 5 petang," kata JKJAV.



Pada Selasa, jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali kepada lebih 17,000 apabila merekodkan 17,105 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.

Selangor terus kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309 ), Johor (1,275) dan Sabah (1,010).

BACA: COVID-19: Jangkitan baharu kembali melonjak lebih 17,000 kes