awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
16/06/2022
00:45 MYT
Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, perkara itu sudah dibincangkan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Balak di kawasan yang akan dibina Empangan Nenggiri dikeluarkan dahulu sebagai hasil untuk kerajaan negeri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, perkara itu sudah dibincangkan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Selain itu, sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi sebelum kerja-kerja pembinaan empangan bermula.
"Empangan Nenggiri ini apabila diwartakan kawasan empangan, memang kita dibenarkan ambil kayu keluar kalau tak tenggelam.
"Macam Kenyir buat kita ada perbincangan dengan TNB untuk membolehkan balak dikeluarkan dan kerajaan dapat hasil," katanya.
Mohd Amar berkata, pembinaan Empangan Nenggiri itu nanti turut melibatkan kawasan Gua Cha, antara khazanah sejarah negeri Kelantan.
Namun hasil perbincangan antara kerajaan negeri dan pihak TNB bersetuju untuk memindahkan gua berkenaan dan artifak yang ada.
Mohd Amar berkata, pihak TNB juga melantik penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kajian dan proses pemindahan gua dan artifak yang ada.
Pihak TNB jelasnya turut melantik beberapa syarikat konsultan melibatkan kajian alam sekitar, khazanah sejarah, sosio ekonomi penduduk asli dan sebagainya sebelum kerja-kerja pembinaan empangan dimulakan.
"Kita bincang dengan TNB bagi pindahkan gua ini dan mereka telah melantik penyelidik dari UKM bagaimana nak pindah artifak keluar," katanya.
Pembinaan Empangan Nenggiri membabitkan kawasan seluas 5,000 ekar dan projek pembinaan dimulakan pada Mac lepas dengan menelan belanja RM5 bilion.
Sebelum ini masyarakat Oran Asli suku kaum Temiar di tiga pos Orang Asli kawasan Nenggiri membuat bantahan terhadap projek pembinaan empangan itu yang dakwa mereka akan menjejaskan kehidupan serta menenggelamkan tapak sejarah Gua Cha dan Gua Chawas.
Topic Berkaitan
#Empangan Nenggiri
#balak
#Mohd Amar Nik Abdullah
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan