KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya disarankan membuat perancangan dan menguruskan emosi sebaik-baiknya sebelum memulakan perjalanan, terutama kepada individu atau keluarga yang akan melalui tempoh yang lama untuk balik ke kampung bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Pendidikan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Maslina Musa berkata pengurusan emosi pemandu kian penting dalam zaman ini apabila orang sering mengejar masa dan cenderung untuk melanggar isyarat dan peraturan jalan raya.
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak melulu, contohnya melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju, tapi cara mengawal emosi itu penting.
"Amukan di jalan raya akan terjadi sekiranya emosi tidak diuruskan secara baik, menyebabkan tingkah laku agresif dan tidak peka dengan keadaan sekeliling, seterusnya membawa risiko kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika menjadi tetamu dalam program "Apa Khabar Malaysia" terbitan Bernama TV pagi ini.
Beliau berkata selain membuat perancangan perjalanan dengan baik, pemandu harus menjangkakan lebih banyak masa akan dihabiskan di jalan raya berikutan aliran trafik tinggi pada musim perayaan.
Maslina berkata sehubungan dengan itu, peranan penumpang bahagian hadapan juga sama pentingnya untuk memastikan keadaan di dalam kenderaan aman dan tenang supaya emosi dan perhatian pemandu tidak dipengaruhi.
"(Penumpang bahagian hadapan) jangan jadi batu api, sekiranya berlaku apa-apa kemalangan, fokus dan tenangkan diri (serta pemandu), elakkan daripada membuat reaksi yang berkemungkinan besar memudaratkan semua pihak.
"Bolehlah juga berbual-bual dengan pemandu pasal perkara yang positif bagi mengekalkan perhatian. Untuk yang berkeluarga, bantu kawal anak-anak di belakang kereta dan pastikan mereka tidak mengganggu pemanduan," katanya.
Beliau turut menasihatkan kepada semua pemandu untuk tidak memaksa diri dan mengambil masa berehat secukupnya sebelum atau semasa dalam perjalanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi pengguna lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Pemandu dinasihat tidak memaksa diri dan mengambil masa berehat secukupnya sebelum atau semasa dalam perjalanan di kawasan rehat dan rawat (R&R). - Gambar hiasan
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.