awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baling dilanda banjir kilat, 81 keluarga terjejas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/10/2022
04:20 MYT
Baling dilanda banjir kilat, 81 keluarga terjejas
Pihak APM sedang melakukan pemantauan berterusan dan setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka. - Foto APM
BALING: Daerah Baling di Kedah sekali lagi dilanda banjir kilat mengakibatkan 81 keluarga terjejas di empat mukim pada Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang dinaiki air.
“Hujan lebat berterusan menyebabkan air Sungai Ketil dan Kupang melimpah dan air setinggi 0.5 hingga satu meter memasuki ke penempatan penduduk.
“Antara kampung terjejas adalah Kampung Bendang Sera, Sungai Batu, Seberang Pekan, Lubuk Pedati, Belakang Masjid Baling, Taman Bayu Indah dan Taman Berlian dalam Mukim Baling.
“Manakala di Mukim Pulai, Kampung Tok Weng, Tok Mat Ali dan di Mukim Siong, Kampung Kampung Siput dan Memali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang dinaiki air. - Foto APM
Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan Mukim Baling, Pulai, Siong dan Kupang dinaiki air. - Foto APM
Mohd Faizol berkata Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang, turut dinaiki air namun telah surut jam 10 pagi tadi.
Pihak APM sedang melakukan pemantauan berterusan dan setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#banjir kilat
#pusat pemindahan
#APM Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan