awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

Bernama
Bernama
10/05/2023
15:21 MYT
Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah catat cuaca panas tahap berjaga-jaga
MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.
Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.
"Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu," menurut catatan itu.
Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#MetMalaysia
#tahap berjaga-jaga
#Jabatan Meteorologi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan