Beban balu bekas jurukamera TV3 Mohd Rodzee Hamzah yang meninggal dunia Isnin lepas akibat serangan jantung diringankan menerusi bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Anisah Ahmad, 43, menerima faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000 dan faedah pencen penakat yang disampaikan oleh Pengarah Perkeso Kuala Lumpur Salijan Saigon di kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, pada Jumaat.
Salijan berkata pihaknya menerusi Skuad Perkeso Prihatin telah menyemak maklumat caruman Mohd Rodzee dan mendapati Allahyarham layak menerima faedah daripada pertubuhan iaitu faedah pengurusan jenazah dan pencen penakat.
"Bayaran (pencen penakat) akan diterima oleh balu Allahyarham sehingga akhir hayat dan semua bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun," katanya.
Pencen penakat adalah satu faedah dalam Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans Perkeso meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Sementara itu, Anisah bersyukur dan berterima kasih di atas tindakan Perkeso yang menghubunginya bagi tujuan penyerahan faedah berkenaan.
"Saya rakam ucapan terima kasih kepada Perkeso kerana dalam masa beberapa hari sahaja bantuan telah diberikan. Bantuan ini secara tidak lansung mengurangkan beban kami sekeluarga," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Rodzee, 48, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn di sini, kira-kira 8.30 malam pada Isnin.
Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Damia Saffiyah, 14, Ariff Rayyan 10, dan Darwisy Razayn yang berusia setahun sembilan bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Anisah bersyukur dan berterima kasih di atas tindakan Perkeso yang menghubunginya bagi tujuan penyerahan faedah berkenaan.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Faridah pergi dalam keadaan baik, kami reda - Keluarga
Keluarga Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia di Lubnan semalam, reda sambil menyifatkan arwah pergi dalam keadaan yang sangat baik.
Dua gol Penang FC batal, akur seri 0-0 dengan Terengganu
Hasrat Penang FC untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pertamanya di laman sendiri tidak kesampaian apabila sekadar seri 0-0 menentang Terengganu FC pada aksi Liga Super.
Regu Malaysia mudah tempah tiket ke suku akhir
Skuad negara melangkah ke peringkat suku akhir acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 apabila muncul juara Kumpulan B dengan menundukkan Brunei 2-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
KPT sumbang RM25,000 bantuan khas bencana, bantu ringankan beban mahasiswa UniMAP
Bantuan segera tersebut bagi menyantuni keperluan mahasiswa yang menjadi mangsa susulan kebakaran yang berlaku.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Ia sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
Britain bantu Gaza, laksana 'airdrop' ke-11
Ia bagi membantu rakyat Palestin yang kelaparan di Gaza kerana lintasan ditutup oleh Israel.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.