awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balu korban tanah runtuh di Simpang Pulai mahu cari kerja sara keluarga

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2021
14:48 MYT
Balu korban tanah runtuh di Simpang Pulai mahu cari kerja sara keluarga
Nor Shahida berkata, sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka yang masih kecil. - Gambar/ Sinar Harian
PARIT BUNTAR: Isteri Allahyarham Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Jalan Cameron Highlands pada Khamis lalu berhasrat mencari pekerjaan bagi menampung sara hidup bersama dua anaknya yang masih kecil.
Nor Shahida Saidin, 31, berkata, sebelum ini dia tidak bekerja kerana mahu menumpu sepenuhnya menjaga dua anak mereka, Nurhannan Fitrysha, 3, dan Muhammad Hafiy Fahri yang baru berusia tujuh bulan.
"Anak-anak masih kecil, jadi memang wajarlah saya cari kerja. Perancangannya nak kerja kilang sahaja.
"Sebelum ini arwah memang melarang saya bekerja, tetapi seminggu sebelum kejadian, arwah ada menunjukkan dompet dan buku akaun banknya yang kosong.
"Ketika itulah dia memberi kebenaran untuk saya bekerja, tapi hanya di kawasan tempat tinggal kami di sini sahaja untuk memudahkan saya menguruskan anak-anak," katanya ketika menerima kunjungan Skuad Perkeso Prihatin cawangan Taiping di rumahnya di Parit Mat Ali di sini pada Isnin.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat terakhir dibawa keluar, polis sah 2 mangsa terkorban
BACA: Pemandu lori sayur rancang tukar kerja sebelum maut dalam tragedi tanah runtuh Simpang Pulai
Hadir sama ialah Pengurus Perkeso Cawangan Taiping, Tunku Shahrain Tunku Salehan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri.
Muhammad Hafiz Hamdi, 31, maut apabila lori sayur dipandunya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Simpang Pulai Khamis lalu.
Dalam kunjungan itu, Perkeso menyampaikan bantuan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 dan pencen penakat yang diterima setiap bulan berjumlah RM1,300.
Sementara itu, Nor Shahida berkata, dia bersyukur menerima bantuan daripada Perkeso.
"Insya-Allah duit ini akan digunakan sebaik mungkin untuk kami meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak," katanya yang turut berhajat melaksanakan badal haji buat arwah suaminya itu nanti.
Menurut Nor Shahida, dari hari pertama suaminya meninggal dunia sehinggalah kini, anak bongsu mereka kerap demam dan menangis.
"Mungkin teringatkan arwah ayahnya sebab dia paling rapat dengan arwah.
"Kakaknya pula (Nurhannan) selalu menyebut nama arwah setiap kali dengar bunyi motosikal, sebab dia sangka itu motosikal babahnya," katanya.
Sementara itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya melalui pusat khidmat akan membantu mencari pekerjaan sesuai dan hampir dengan kediaman buat Nor Shahida.
"Kita juga akan merujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memohon bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu keluarga ini memandangkan anak-anaknya masih kecil," katanya.
Runtuhan tanah di laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar jam 1.30 petang itu mengorbankan dua lelaki selepas kenderaan dinaiki tertimbus dalam runtuhan tanah.
Selain Muhammad Hafiz, seorang lagi mangsa merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Tan Chee Heng, 36.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Balu korban tanah runtuh mahu cari kerja sara keluarga
Topic Berkaitan
#tanah runtuh Simpang Pulai
#Cameron Highlands
#balu mangsa
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan