TIMBALAN Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mendedahkan bahawa perbincangan sedang berlangsung untuk bagi menentukan hala tuju gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, untuk musim 2023.

Walaupun pilihan untuk memisahkan gandingan itu kelihatan seakan drastik selepas dibentuk sejak 2016, apatah lagi pada tahun yang menawarkan kelayakan mata Sukan Olimpik Paris 2024, Rexy menjelaskan bahawa pemain kini tidak lagi sekadar menyasarkan untuk menyertai temasya berkenaan, sebaliknya hadir dengan misi memenangi pingat.

"Jika hasil perbincangan mendapati mereka sudah tidak berasa 'sakit' ketika kalah, biasalah sahajalah, rasa sayangnya, itu yang harus kami fikirkan," kata Rexy di Akademi Badminton (ABM), Bukit Kiara, semalam.


Walaupun menghuni ranking ke-11 dunia, prestasi Nur Izzuddin-Sze Fei kurang memberangsangkan apabila tersingkir seawal pusingan ke-32 dalam Terbuka Malaysia dan Terbuka India, bulan ini.

"Kalau gandingan Nur Izzuddin-Sze Fei diteruskan, kita harus bersedia risiko tiada peluang ke Sukan Olimpik.

"Tapi dengan gandingan baru mungkin akan ada peluang dalam Sukan Olimpik berikutnya," katanya lagi.