KUALA LUMPUR: Banci Ekonomi 2023 bukan sahaja penting untuk kerajaan membuat dasar yang berkesan untuk kesejahteraan negara, tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat.
Kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, data yang terkumpul daripada banci tersebut membolehkan syarikat serta orang ramai merangka perancangan dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan mereka.
Dengan data yang menyeluruh dalam segenap aspek daripada semua sektor ekonomi di negara ini termasuk pembuatan, pembinaan, perlombongan, pengkuarian serta perkhidmatan, senario semasa yang jelas dan tepat dapat dirujuk.
“Misalnya seseorang itu mengusahakan syarikat pakaian, dia boleh tengok dalam industri pakaian itu berapa kadar jualannya, berapa purata gaji, apa teknologi yang digunakan, jadi ia boleh menjadi penanda aras kepada syarikatnya.
“Daripada data-data tersebut juga, orang ramai boleh melihat corak gaji dan upah mengikut sektor di negara ini, bidang mana yang menawarkan pekerjaan yang dinamik, yang berpotensi tinggi dan sebagainya,” katanya dalam program AWANI Pagi.
1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023 yang akan dilaksanakan bermula April hingga September 2023.
Menurut Mohd Uzir, maklumat awalan daripada bancian tersebut dijangka dapat dikeluarkan seawal Disember tahun ini atau pada suku pertama tahun 2024.
Justeru itu, semua pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan adalah disaran untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap Banci Ekonomi 2023.
Pertubuhan-pertubuhan boleh memberi maklum balas melalui pengisian maklumat dalam talian dikenali sebagai e-BE, secara pos menggunakan borang soal selidik, atau secara temu duga bersemuka.
Israr Khalid
Fri Mar 24 2023

MOHD UZIR: "Maklumat awalan bancian dijangka dapat dikeluarkan seawal Disember tahun ini atau pada suku pertama tahun 2024." - Foto BERNAMA

Mesir, UAE akan laksana projek tenaga angin berskala besar - Laporan
Mesir pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjayakan satu daripada projek tenaga angin terbesar di dunia bernilai AS$10 bilion.

Arab Saudi, AS bincang isu kerjasama serantau, antarabangsa
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berbincang mengenai kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu serantau dan antarabangsa.

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.