KUALA LUMPUR: Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina berhampiran tapak pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kampus Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam kenyataan berkata projek di atas tanah seluas 57.5 hektar yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM800 juta itu, menawarkan lebih 1,000 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi.
"Pelancaran Bandar PR1MA ini juga akan menawarkan perancangan bandar yang mampan, lestari dan selesa," katanya.
Menurut kenyataan itu, perkembangan tersebut antara yang disembah maklum semasa beliau menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Hinggap Perak di sini semalam.
Pada 14 Okt tahun lepas, Nga dilaporkan berkata Bandar PR1MA itu akan menempatkan kira-kira 1,700 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) model baharu bernilai RM100 juta.
Dalam sesi menghadap berkenaan, beliau turut menyembah maklum kepada Sultan Nazrin mengenai pencapaian dan inisiatif kementerian dalam usaha membantu rakyat sejak Kerajaan MADANI dibentuk pada Disember 2022.
"Turut dipersembahkan ialah siri-siri kejayaan kementerian dalam melaksanakan pembinaan prasarana awam antaranya termasuk model baru pasar-pasar awam, inisiatif tandas awam bertaraf 'BMW' dan MyKiosk yang bertenaga hijau," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Nga turut menyatakan komitmen beliau untuk terus memacu pembangunan rumah mampu milik berkualiti tinggi serta model baharu PPR yang bakal diluncurkan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Pelancaran Bandar PR1MA itu akan menawarkan perancangan bandar yang mampan, lestari dan selesa. - Gambar fail/Bernama
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.