"Enam A yang amat berharga untuk pengampunan walaupun masa depan masih tidak mampu diduga," luah banduan Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Penjara Marang selepas mengetahui dirinya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini (Khamis).
Hassan, 21, (bukan nama sebenar) yang ditemu ramah Bernama berkata dirinya mungkin akan kekal di situ, jika dirinya sendiri tidak berusaha melakukan perkara yang terbaik untuk mendapatkan pengampuan.
Kisah Hassan yang memohon supaya orang ramai mendoakannya selepas menduduki peperiksaan SPM tahun lepas pernah tular di media sosial dan menurutnya doa itu juga memungkinkan dia berjaya malah tidak mustahil untuknya 'bebas' dari penjara selepas disabit pada 2016 atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Malam tadi saya tak dapat lelap mata. Macam-macam bermain di fikiran. Saya sangat berharap keputusan cemerlang untuk buka mata banyak pihak.
"Orang lain mungkin akan sibuk mengisi kemasukan ke universiti. Saya juga ada keinginan, walaupun belajar secara online tetapi ia perlukan perbelanjaan sendiri, bimbang juga keluarga tidak mampu," katanya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.
Menurut Hassan, sebelum ini ibunya pernah hadir ke penjara dan terkejut hingga mengalirkan air mata apabila melihat keputusan peperiksaan percubaan (4A 2B 1C) dan kali ini beliau pasti ibunya akan berbangga dengan rekod yang lebih baik.
"Semasa di luar (bebas), saya tak dapat gembirakan mak. Hanya sekarang baru berpeluang. Saya memang nak keluar, jadi orang awam. Semua nak buat untuk mak," katanya yang mengakui kesalahan yang dilakukan sebelum ini akibat pengaruh kawan dan kemiskinan.
Sekolah Integriti Penjara Marang merekodkan keputusan cemerlang tahun ini apabila kesemua 16 pelajar yang mengambil SPM mencapai rekod lulus iaitu seorang pelajar memperoleh enam A (Hassan), manakala empat lagi pelajar masing-masing memperoleh lima A, empat A, tiga A, dua A dan 11 pelajar mendapat satu A.
Paling membanggakan apabila semua pelajar memperoleh A bagi subjek Sains.
Sementara itu seorang lagi banduan, Alif, 22, (bukan nama sebenar) turut mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya memperoleh keputusan yang baik meskipun kali terakhir belajar, semasa darjah enam.
Beliau yang menjalani hukuman penjara sejak 2018 hanya berpeluang belajar selama enam bulan sahaja selepas dia membuat keputusan untuk menduduki SPM tahun 2019.
Katanya, peperiksaan itu untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berubah dan mahu dirinya diterima semula dalam keluarga setelah dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan akibat melakukan rompakan.
Beliau mengakui kejayaan yang diperoleh itu hasil dorongan rakan di penjara dan teknik guru mengajar yang lebih berbentuk kuiz dan latihan secara berkumpulan.
"Saya sendiri tidak sangka daripada tak pernah ke sekolah menengah akhirnya ambil SPM. Dapat pulak A dalam Sains...sungguh tak sangka. Tekad saya nak sambung belajar. Saya akan bebas nanti," katanya.
Menurut Alif, selepas darjah enam beliau dijaga oleh datuknya ekoran kedua ibu bapanya berpisah dan tekad bekerja sebagai nelayan demi kelangsungan hidup namun episod hitam menimpa dirinya apabila adiknya (dijaga ibunya) menerima pelbagai ugutan kerana berhutang sebanyak RM200 hingga memaksanya yang terdesak merompak sebuah kedai serbaneka.
Kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya, namun anak sulung daripada tiga beradik itu bersyukur kerana ia memberi peluang untuknya mendapat pendidikan yang lebih baik.
Sementara itu, penyelia sekolah tersebut Nor Amalia Kasim berkata keputusan kali ini sangat membanggakan dan ia dicapai hasil kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut menyalurkan dana bagi membeli buku sekolah dan buku rujukan.
"Ia juga sokongan daripada pihak penjara, pegawai yang menjaga kebajikan pelajar dan guru yang mengajar tanpa berbelah bahagi. Belajar di penjara pastinya tidak indah seperti di luar sana.
"Harapan saya pelajar ini akan melangkah lebih jauh. Semoga masyarakat juga akan menerima bekas banduan. Bukan semua daripada mereka akan melakukan kesalahan yang sama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020
"Saya sangat berharap keputusan cemerlang untuk buka mata banyak pihak." - Bernama
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Banduan cemerlang SPM: 6A yang berharga demi pengampunan
Kisah Hassan yang memohon supaya orang ramai mendoakannya selepas menduduki peperiksaan SPM tahun lepas pernah tular di media sosial.