awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2024
09:00 MYT
Banduan jadi penoreh getah profesional di Kelantan
Usaha itu juga bagi membolehkan penghuni penjara yang sudah bebas mengusahakan ladang getah terbiar di Kelantan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Penjara Kelantan bakal melahirkan lebih ramai penoreh getah profesional dalam kalangan banduan melalui latihan di bawah Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan parol bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) cawangan Kelantan.
Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaakob berkata, usaha itu juga bagi membolehkan penghuni penjara yang sudah bebas mengusahakan ladang getah terbiar di negeri ini.
Menurut Mat, jabatan berkenaan juga perlu menyediakan seramai 750 banduan yang akan dilatih sebagai penoreh getah profesional tahun ini dan menerima sijil daripada LGM.
"Semalam (Ahad) kita melepaskan seramai 93 penghuni penjara secara PBSL untuk bekerja di ladang di Kuala Krai dan Tanah Merah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Penjara ke-234 Peringkat Penjara Negeri Kelantan dan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa pada Isnin.
Mat turut memberitahu, kolaboratif itu membolehkan mereka mengusahakan lebih banyak ladang getah yang ada di negeri ini dan sasaran terbaharu ialah di Gua Musang sebelum diperluaskan ke seluruh negeri.
Selain itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 99.9 peratus banduan di Kelantan mendapat pekerjaan sebaik sahaja mereka dibebaskan.
Menurut Mat lagi, kerjasama dengan kira-kira 48 majikan turut membantu banduan dilatih dalam pelbagai sektor pekerjaan termasuk perladangan, perkilangan, pembuatan, runcit dan makanan.
"PBSL terbukti membantu banduan hidup lebih baik dalam masyarakat dan di Kelantan hanya 0.24 peratus yang kembali semula ke penjara.
"Kita turut berharap mereka akan kembali kepada masyarakat sebagai rakyat yang normal dan selepas tamat hukuman ditawarkan bekerja di syarikat korporat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penoreh getah
#banduan
#jabatan penjara kelantan
#parol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan