Skip to main content

Dunia

Polis Mekah tahan 18 warga Pakistan, Afghanistan palsu permit, kad nusuk, gelang haji

61739809710_kaabahhajiarabs.jpg
Direktorat Am Keselamatan Awam menggesa semua rakyat dan penduduk mematuhi peraturan dan arahan haji. - Gambar/ AP

MEKAH: Polis Wilayah Mekah menahan 18 penduduk dengan kewarganegaraan Afghanistan dan Pakistan kerana memalsukan permit pemastautin, kad nusuk dan gelang haji, mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka dan merujuk mereka ke Pendakwaan Awam, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Direktorat Am Keselamatan Awam menggesa semua rakyat dan penduduk mematuhi peraturan dan arahan haji serta melaporkan pelanggar peraturan dengan menghubungi 911 di Mekah, Madinah, Riyadh dan wilayah Timur serta 999 untuk seluruh negara.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video