awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banduan liwat rakan dipenjara 5 tahun, satu sebatan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2023
10:17 MYT
Banduan liwat rakan dipenjara 5 tahun, satu sebatan
Mohammad Rohaizad (tengah) dikawal polis keluar dari bilik mahkamah menuju ke lokap. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang banduan dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan meliwat rakan lelaki di Pusat Pemulihan Akhlak di Machang pada tahun lalu.
Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Rohaizad Rosli, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan mangsa yang berusia 33 tahun di sebuah bilik di blok pusat pemulihan terbabit pada jam 1 pagi pada 26 Jun 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada prosiding itu, Wan Nurul Hanini memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kesalahan dilakukan ketika dia menjalani hukuman kes dadah di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
“Hukuman seharusnya memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya.
Mohammad Rohaizad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula daripada tarikh dia ditangkap. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#liwat banduan
#machang
#dihukum penjara
#pusat pemulihan akhlak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan