awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP

Bangkai lumba-lumba terdampar di Pantai Teluk Bahang

Bernama
Bernama
10/11/2024
10:08 MYT
Bangkai lumba-lumba terdampar di Pantai Teluk Bahang
Bangkai haiwan itu dipercayai dihanyutkan ke darat oleh arus ombak sebelum terdampar di pantai berkenaan kira-kira 1 tengah hari. - Facebook Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang mengesahkan penemuan bangkai lumba-lumba terdampar di pantai Teluk Bahang dekat sini pada Khamis.
Pengarahnya Zarina Zainuddin berkata bangkai haiwan itu dipercayai dihanyutkan ke darat oleh arus ombak sebelum terdampar di pantai berkenaan kira-kira 1 tengah hari.
"Berdasarkan pemeriksaan, bangkai lumba-lumba yang ditemukan terdampar itu adalah spesies Porpoise Ambu (Finless Porpoise) dan panjangnya boleh mencapai antara 1.5 meter ke dua meter dengan berat 45 kilogram (kg) hingga 75 kg.
"Kemungkinan haiwan itu mati disebabkan kecederaan akibat perlanggaran kapal, terperangkap pada pukat, terlepas atau mengejar makanan di kawasan yang cetek," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau memaklumkan sejak Januari hingga semalam, pihaknya merekodkan enam haiwan terdampar melibatkan spesies terancam antaranya lumba-lumba dan penyu.
Sejak semalam tular di media sosial beberapa gambar dan video bangkai seekor lumba-lumba dipercayai jantan terdampar di kawasan pantai berhampiran sebuah hotel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumba-lumba
#Pantai Teluk Bahang
#bangkai terdampar
#jabatan perikanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.