awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir

Bernama
Bernama
04/01/2025
09:45 MYT
Bangkai penyu agar ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir
Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir pagi tadi. -Gambar fail/Bernama
KUALA NERUS: Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir pagi tadi oleh seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024.
  • Penyu yang hampir reput itu dipercayai sudah mati lebih seminggu dan kemungkinan besar terkena pukat tunda; cengkerangnya terbelah, kaki dan perut mula mereput.
  • Adnan Ali, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, telah melaporkan penemuan tersebut kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.
Adnan Ali, 50, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata beliau sedang menjalankan aktiviti mengutip sampah sebelum ternampak objek besar berwarna hitam dihanyutkan ombak ke tepi pantai.
"Selepas diteliti saya dapati objek terbabit ialah bangkai penyu agar dengan cengkerang terbelah, kaki dan perut yang mula mereput.
"Berdasarkan keadaan bangkai dan bau, saya percaya penyu itu sudah mati lebih seminggu dan kemungkinan besar terkena pukat tunda," katanya ketika ditemui di pantai itu.
Adnan berkata beliau telah melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Terengganu
#bangkai penyu
#Pantai Seberang Takir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan