awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangladesh mohon bantuan China urus sungai

Bernama
Bernama
29/03/2025
15:00 MYT
Bangladesh mohon bantuan China urus sungai
Yunus memuji sistem pengurusan air dan banjir China yang cekap serta berharap Bangladesh dapat memanfaatkan pengalaman China dalam menyelesaikan masalah berkaitan sungai. - Gambar fail/AP/Mahmud Hossain Opu
NEW DELHI: Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Muhammad Yunus semasa lawatannya ke China pada Jumaat, meminta bantuan China dalam menguruskan sistem sungai yang luas di negaranya.
Bangladesh sedang berusaha mendapatkan pelan induk 50 tahun untuk menguruskan sistem sungai dan airnya, kata pemimpin sementara itu.
Yunus mengadakan perbincangan dengan Menteri Sumber Air China Li Guoying di Beijing pada hari ketiga lawatan rasmi empat hari ke negara itu.
Bangladesh mempunyai kira-kira 800 sungai yang menawarkan potensi besar dalam sektor pelancongan, perikanan dan pengangkutan air.
Bagaimanapun, negara itu menghadapi masalah pengurusan sungai dan isu alam sekitar yang sukar memandangkan 85 peratus daripada 170 juta penduduknya tinggal di kawasan dataran rendah yang terdedah kepada banjir.
Yunus juga memuji sistem pengurusan air dan banjir China yang cekap serta berharap Bangladesh dapat memanfaatkan pengalaman China dalam menyelesaikan masalah berkaitan sungai.
"Kami mempunyai negara yang bersilang dengan ratusan sungai. Air memberi kita kehidupan, tetapi kadangkala ia menjadi musuh. Kini dengan pertambahan populasi yang mendadak, kita perlu lebih berhati-hati terhadap kesan buruk ke atas ekosistem," kata pemimpin sementara itu dipetik agensi berita Bangladesh Sangbad Sangstha.
Dalam pertemuan pada Jumaat, Yunus dan Presiden China Xi Jinping memutuskan untuk meluaskan hubungan Bangladesh-China menerusi kerjasama dalam beberapa bidang.
Bangladesh dan China turut membincangkan projek-projek infrastruktur, taman perindustrian serta lebih banyak pelaburan sektor swasta China dalam sektor pembuatan di Bangladesh.
Selain itu, China turut menyatakan minat untuk memulakan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas dua hala, menurut laporan media Bangladesh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Muhammad Yunus
#China
#sistem sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan