awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/11/2023
09:00 MYT
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron Ago Dagang (foto) berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama pembentukannya. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Konsep Bangsa Malaysia bukan bertujuan melenyapkan identiti etnik tertentu, sebaliknya menekankan perkongsian nilai yang sama antara semua kaum dan etnik selari dengan ideologi satu komuniti.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama pembentukannya.
Lebih memburukkan keadaan apabila aspirasi Bangsa Malaysia dicemari politik perkauman, khususnya setiap kali menjelang pilihan raya.
"Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan, namun unsur-unsur penghalang yang kebanyakannya berakarumbikan sentimen perkauman masih membayangi rakyat negara ini.
"Cabaran utama dalam merealisasikan Bangsa Malaysia di Semenanjung Malaysia tentunya disebabkan politik toksik perkauman yang dimainkan sekian lama oleh ahli-ahli politik.
"Sehinggakan dalam waktu-waktu tertentu, terutamanya sebelum waktu pilihan raya, isu-isu sensitif akan dibangkitkan semula sehingga menimbulkan keresahan kepada seluruh lapisan masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucap tama Persidangan tahunan ke-6 Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), dengan tema, “Bangsa Malaysia - Mitos atau Realiti”, pada Sabtu.
Program yang dianjurkan bersama oleh Harmony Malaysia dan Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS Malaysia) itu menampilkan empat panel iaitu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Pensyarah Sains Politik Universiti Sunway, Prof Dr Wong Chin Huat, bekas Penolong Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Sharifah Munirah Alatas dan Profesor Adjung IAIS, Malaysia Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied.
Turut diadakan ialah pertukaran memorandum persefahaman antara Harmony Malaysia dan IAIS Malaysia, serta pelancaran buku bertajuk "Harmony and Humanity - Insights and Experiences" oleh Harmony Malaysia.
Ditemui pemberita selepas itu, Aaron berkata umum sudah memahami dan mengetahui politik toksik yang sering memainkan isu dan sentimen perkauman, namun melihat pembentukan kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai perkembangan positif.
“Tetapi kita harus bersyukur, kita telah dapat bersatu, dan sekarang kita mempunyai kerajaan perpaduan, kita mengajak semua (dari pelbagai kaum) untuk berpolitik.
“Dan ini adalah budaya yang sangat baik di Malaysia. Kita mampu bekerjasama dan saling memahami. Ini yang kita mahu promosikan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bangsa malaysia
#kaum
#politik
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan