Belia melihat Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebagai satu platform menyatu warganegara Malaysia tanpa mengira batas atau perbezaan kaum.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kebanyakan sesi dialog yang dihadirinya menekankan isu sama oleh belia selain kepentingan toleransi rakyat.
Setakat ini, Khairy memberitahu telah menghadiri kira-kira 25 dialog TN50 yang dianjurkan di seluruh negara.
"Rakyat terutama belia mahu lihat identiti lebih bersatu untuk warganegara Malaysia. Ia merupakan aspirasi bukan sahaja hari ini tetapi banyak dalam proses dialog sebelum ini.
"Mereka mahu meruntuhkan tembok pemisah bangsa atau kaum selain menekankan aspek toleransi sesama kita," katanya semasa sidang media selepas Majlis Dialog TN50 di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
TN50 dirangka berdasarkan aspirasi golongan belia hari ini untuk membentuk masyarakat Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata ramai penyertaan golongan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diperlukan untuk memberikan pandangan serta cadangan bagi menjayakan TN50.
Jelasnya, input daripada mereka amat diperlukan dan semua pihak harus bersama-sama menggerakkan usaha tersebut.
Dalam pada itu katanya, identiti Malaysia yang dimahukan bukan bermakna belia membuang budaya asal masing-masing.
"Apa yang paling penting budaya Malaysia yang penuh keunikan, ia bukan bermaksud kita lupa budaya dan asal usul masing-masing," jelasnya.
Tambahnya, beberapa program seperti Parlimen Belia dan Felo Perdana membuka penglibatan pelbagai persatuan belia untuk menyalurkan pendapat masing-masing dalam TN50.
Sebelum ini, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr P. Sivamurugan berkata TN50 merupakan platform untuk pembentukan identiti nasional tanpa mengetepikan identiti budaya berbilang kaum yang sentiasa diraikan di negara ini.
Katanya, ia harus dijadikan platform bagi rakyat untuk menerima perbezaan di samping menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara ini.
Wan Syamsul Amly
Mon Apr 17 2017
KHAIRY: Rakyat terutama belia mahu lihat identiti lebih bersatu untuk warganegara Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Bangsa Malaysia konsep penyatuan, bukan lenyapkan mana-mana etnik
Aaron berkata, konsep Bangsa Malaysia sering kali disalah tafsir sebagai sentimen perkauman, sekali gus menjadi cabaran utama.
Menginstitusikan bangsa Malaysia: Menguat atau melemahkan federalisme?
Rentetan peristiwa itu, pada saya merupakan bibit-bibit antagonis kepada fundamental dan sains politik negara ini. Ada yang lupa negara kita ini berbilang kaum dan agama.
Perpaduan harus bermula dari sekolah - Lee Lam Thye
Sejauh mana pendidikan mampu memupuk semangat integrasi kaum seterusnya mencetuskan persahabatan merentas etnik yang kekal dan kukuh?
'Malaysia Baharu' tiada makna tanpa 'pembaharuan manusia'
Kita harus buktikan bahawa agama bukan penghalang, tetapi sebaliknya pendorong kepada pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu.
Belia mahu TN50 bentuk identiti 'Bangsa Malaysia' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kebanyakan sesi dialog yang dihadirinya menekankan isu sama oleh belia selain menekankan kepentingan toleransi rakyat.