Bangunan Parlimen Fasa 3B yang dinaik taraf dan dibaik pulih sejak 2015 akan mula beroperasi pada Mac ini.
Bangunan itu menempatkan ruang pejabat, perpustakaan, gimnasium, bilik sauna, bilik bincang, bilik mesyuarat, kafeteria dan surau.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata kemudahan itu diharap dapat mengoptimumkan prestasi kerja petugas, selain meningkatkan tahap kehadiran ahli Parlimen untuk mengikuti sesi persidangan Dewan Rakyat serta kualiti perbahasan.
"Harapan kita dengan wujudnya ruang disediakan ini, ramai Yang Berhormat ada di Parlimen dengan lebih kerap dan sepenuh masa konsisten mengikuti persidangan.
"Kalau mereka nak lakukan riadah selepas hadiri persidangan, banyak tempat disediakan seperti gelanggang tenis, badminton malah bilik sauna juga disediakan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan projek berkenaan di sini, hari ini.
Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya Ir. Kamaluddin Abdul Rashid dan Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis Samin.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Ariff berkata Fasa 2C yang merupakan fasa terakhir dalam cadangan pelaksanaan kerja baik pulih dan naik taraf akan ditender tidak lama lagi.
Katanya, ia melibatkan Blok Menara, pembinaan balai pelawat, tempat letak kereta bertingkat, laluan berbumbung dan galeri awam.
"Dengan siapnya fasa terakhir nanti, jangka hayat bangunan dapat ditingkatkan lagi untuk tempoh 50 tahun akan datang, di samping memulihara ciri-ciri bangunan warisan kebangsaan sekali gus identiti dan imej Parlimen dapat dipertingkatkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 15 2020

Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran merupakan Projek Naik taraf Dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia Fasa 3B yang diilhamkan untuk memberikan kemudahan konklusif dan kondusif kepada ahli-ahli parlimen. - Foto BERNAMA

Tragedi Sriwijaya Air: Sistem pengangkutan udara diambang bahaya?
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) haruslah mengambil iktibar dalam memastikan tragedi seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Remaja maut, motosikal terbabas di hadapan balai bomba
Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal terbabas ke bahu jalan.

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

COVID-19 | Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut. Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi meminimumkan jumlah kematian.

Ikan Budu | Kaedah simpan ikan ketika musim banjir
Dalam situasi banjir, kebiasaanya bekalan makanan terutama jenis barangan basah termasuk ikan sukar diperolehi. Apatah lagi tangkapan hasil laut juga berkurangan kerana nelayan tidak ke laut kerana laut bergelora. Bagaimana orang dahulu menyimpan bekalan makanan?

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Kata Salahuddin, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi perdana menteri demi rakyat dan negara.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Nazri tarik sokongan terhadap Muhyiddin, dakwa Kerajaan PN sudah tiada majoriti
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beberapa lagi MP UMNO mungkin tarik diri sokong PN - Tajuddin Rahman
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, mengakui beliau mendengar khabar mengenai perkara itu namun tiada pengesahan mengenai identiti wakil rakyat terbabit.

Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional
Perkara itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Kota Bharu pada Sabtu.

Tun Mahathir adakan sidang media petang ini
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada pukul 6 petang ini.

UMNO bawa usul putus hubungan dengan Bersatu pada PRU15 dalam Perhimpunan Agung - Shahril
UMNO akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.