awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan kosong Taman Tema Permainan Salji di Melaka Planetrium terbakar

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2018
10:51 MYT
Bangunan kosong Taman Tema Permainan Salji di Melaka Planetrium terbakar
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.
Sebuah bangunan kosong yang dicadang untuk dijadikan Taman Tema Permainan Salji (Snow World Theme Park) di Melaka Planetrium di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hangus dijilat api, dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian berkenaan.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II, Zulkifli Nordin berkata, struktur bangunan kosong itu merupakan bangunan sementara separa kekal yang berada di bahagian luar bangunan asal Melaka Planetrium.
Katanya, bangunan berkeluasan 1,728 meter persegi tersebut siap dibina pada awal Januari lalu. Bagaimanapun ia tidak beroperasi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu.
Jelasnya, kejadian itu hanya disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan, dan dipercayai berpunca daripada bilik janakuasa elektrik.
“Berdasarkan maklumat pengadu, bangunan ni kosong sejak Januari dan bangunan ini tiada apa-apa kecuali ada bilik janakuasa.
“Bangunan ini sebenarnya snow world theme park lebih kepada aktiviti salji lah. Tidak ada apa di dalam dan kalau ikutkan struktur ni dia bangunan sementara,” katanya.
Mengulas lanjut Zulkiflly berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.46 sebelum tiba ke lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian dengan kekuatan tiga jentera dan tiga unit EMRS.
Katanya, kebakaran itu hanya dapat dikawal sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari susulan struktur bangunan sementara tesebut menggunakan bahan yang mudah terbakar.
Kerja-kerja pemadaman itu juga dilakukan ketika hujan lebat yang secara tidak langsung memudahkan operasi pemadaman.
Bagaimanapun kawasan berkenaan diarah untuk dikosongkan sementara bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini dan anggaran kos kerugian masih belum dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#bilik janakuasa elektrik
#hujan lebat
#Melaka Planetrium
#MITC
#Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka
#Taman Tema Permainan Salji
#Zulkifli Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan