awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunan penginapan sesak, dua kilang di Cameron Highlands didenda

Bernama
Bernama
08/03/2021
20:45 MYT
Bangunan penginapan sesak, dua kilang di Cameron Highlands didenda
Muhamad Fauzi (kiri) meninjau keadaan salah sebuah bilik yang didiami pekerja asing yang tinggal di Blue Valley, Cameron Highlands. - Foto Sinar Harian
IPOH: Sebuah bangunan penginapan pekerja bagi dua kilang pemprosesan pertanian di Jalan Blue Valley, Kampung Raja, di Cameron Highlands, didapati sesak melebihi kapisiti penghuni bagi sesebuah unit bilik selain tidak mendapat perakuan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak Muhamad Fauzi Abd Ghani berkata dalam operasi penguatkuasaan bersepadu, mendapati penginapan berkenaan dihuni hampir 79 pekerja yang terdiri daripada 65 warga asing dan selebihnya warga tempatan, telah melebihi kapasiti sepatutnya di bangunan berkenaan.
Katanya, operasi yang dijalankan pihaknya bersama pihak polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Tapah dan pihak berkuasa tempatan itu juga mendapati kedua-dua majikan kilang itu turut gagal mendapatkan perakuan penginapan daripada JTK.
"Dari segi kapisiti, bangunan berkenaan hanya boleh memuatkan 48 orang sahaja di bangunan yang mempunyai 24 bilik itu, namun hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 79 penghuni di asrama berkenaan.
"Keadaan itu jelas melanggar peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Muhamad Fauzi berkata dalam operasi yang bermula 10.30 pagi sehingga 4 petang itu, kilang itu juga dikenakan kompaun daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana berlaku kesesakan sehingga menyebabkan kegagalan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau berkata pihak Perkeso juga telah memberikan khidmat nasihat dan arahan pematuhan kepada kedua-dua majikan berkenaan selain majikan itu turut memaklumkan akan melakukan ujian saringan COVID-19 ke atas semua penghuni asrama berkenaan, Rabu ini.
"Selain itu, majikan juga didapati gagal menyediakan kemudahan asas seperti katil, tilam, almari berkunci, peti kecemasan, pemadam api di tempat penginapan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati sistem perparitan dan tempat pelupusan sampah tidak sempurna di asrama berkenaan, tandas dan bilik air tidak mencukupi, pendawaian elektrik tidak memuaskan serta keadaan siling dalam bilik berlubang dan perlu penambahbaikan," tambahnya.
Muhamad Fauzi berkata hasil daripada operasi itu, pihaknya akan membuka kertas siasatan ke atas majikan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta 446 Seksyen 24 Subseksyen D.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kilang
#Penginapan
#asrama
#warga asing
#Muhamad Fauzi Abd Ghani
#KKM
#perkeso
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan