KUALA KANGSAR: Walaupun bangunan menempatkan dua bilik darjah dan sebuah dewan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeliang di sini, disahkan tidak selamat kerana semakin reput dimakan anai-anai, pihak sekolah terpaksa terus menggunakannya kerana tiada pilihan.
Guru Besar sekolah berusia 50 tahun itu, Zainal Ariffin Ngah Jamaludin, berkata bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati kerana tiada tempat lain dapat digunakan buat masa ini.
Jelasnya lagi, sebelum ini beberapa pembaikan kecil telah dilakukan ke atas beberapa struktur tertentu di bangunan berkenaan, namun ia tidak bertahan lama.
“Apabila pihak kontraktor yang datang dan cuba membetulkan bangunan yang asal ni, dia memaklumkan kepada saya bahawa struktur bangunan terutama di bahagian kerangka atas semakin rosak akibat dimakan anai-anai dan siling pula semakin melendut.
“Kami juga telah menghantar laporan dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melawat dan membuat keputusan bahawa bahagian dewan terpaksa ditutup kerana terlalu berisiko.
“Jadi dua bilik darjah di sebelah terpaksa kami gunakan sementara dengan keadaan siap-siaga. Kami terpaksa memberanikan diri untuk menggunakannya kerana sudah tiada bilik lain yang dapat digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika tinjauan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sekolah itu, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Zainal Ariffin berkata, setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di bangunan itu mahupun kawasan sekitarnya.
“Setakat ini alhamdulillah, tidak terjadi lagi apa-apa insiden tidak diingini. Akan tetapi janganlah sampai jadi apa-apa pula. Saya amat risau akan keselamatan murid dan warga sekolah,” katanya.
Justeru beliau memohon agar sebuah bangunan baru dapat dibina dengan segera bagi menggantikan bangunan terbabit.
Sementara itu, Saarani berkata, pihaknya akan berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk menyegerakan permohonan bangunan baharu yang memakan kos RM1.5 juta.
Jelasnya, pihak sekolah telah membuat permohonan tahun lalu yang mana cadangan bangunan baharu dua tingkat di tapak asal itu akan mempunyai sebuah dewan terbuka di aras bawah sementara bilik darjah dan pejabat di tingkat atas.
“Hasil tinjauan saya memang bangunan itu perlu diganti segera. Malah JKR sudah mengesahkan ia tidak selamat. Jadi sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melihat perkara ini.
“Saya telah berbincang dengan pegawai pembangunan negeri dan saya sendi akan menghubungi Ketua Pengarah ICU untuk melihat bagaimana kita dapat mencari wang supaya ia dapat disegerakan," katanya.
Amirrul Rabbani
Mon May 23 2022
Bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati kerana tiada tempat lain dapat digunakan buat masa ini. - Gambar/ Astro AWANI
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Pemimpin perlu pastikan masalah rakyat diselesaikan - Tunku Mahkota Ismail
"Menjadi seorang pemimpin bukan tentang kehadiran atau penampilan tetapi tentang memastikan masalah rakyat diselesaikan," demikian titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Pas tak abai pembangunan, keperluan rakyat - Abdul Hadi
Menurut Abdul Hadi kerajaan Pas juga gigih berusaha secara politik menurut tabii manusia yang wajib mengurus keperluan kehidupan rakyat.
Isu air Kelantan: Penduduk bina telaga tiub selesai masalah bekalan air bersih
Lebih 80 peratus daripada 2,000 penduduk sekitar Kampung Limbat di sini mengambil keputusan menggali telaga tiub berikutan ketiadaan bekalan air bersih daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
"Jangan tunggu PM datang baru nak selesai masalah" - Anwar
Perdana Menteri membuat teguran secara terbuka kepada semua pihak yang bertanggungjawab termasuk jabatan dan agensi kerajaan supaya bertindak proaktif menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengambil masa
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Tiada perubahan reformasi menyerlah - Willie
Kerajaan Perpaduan dilihat belum menunjukkan kesungguhan dan satu perubahan reformasi menyerlah dalam merungkai setiap permasalahan dialami rakyat.
Perkasakan kerajaan negeri untuk selesaikan masalah akar umbi - Amir Fareed
Sudah sampai masa penyelesaian kepada masalah rakyat tidak boleh semata-mata difikir dan ditentukan oleh kerajaan pusat.
PRU15: Jadikan Mersing hab pelancongan berkelas dunia, mula dengan selesai isu jalan raya - Pengundi
Mersing kaya dengan khazanah alam yang menjadikan daerah ini sebagai hab pelancongan. Maka, harapan dan jangkaan rakyat terhadap pelbagai agensi di setiap lapisan sistem kerajaan kian menggunung.
Kerajaan dengar permasalahan disuarakan rakyat di media sosial - Annuar
Perkara yang disuarakan di media sosial dijadikan sentimen analisis bagi mendapatkan penyelesaian dan tindakan untuk kebaikan rakyat.
Bangunan sekolah uzur dimakan anai-anai, pentadbir mohon bangunan baharu
Guru Besar sekolah berusia 50 tahun itu, Zainal Ariffin Ngah Jamaludin, berkata bilik darjah menempatkan 20 murid itu digunakan dengan berhati-berhati.
Ketua kampung, JPKK diingatkan sentiasa turun padang - Hajiji
Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu menjalankan amanah dan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.