awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bangunkan NEXUS Perak menerusi IDR dan UTP-MB Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
18/12/2020
03:53 MYT
Bangunkan NEXUS Perak menerusi IDR dan UTP-MB Perak
SAARANI: Bagi peringkat awal, sebanyak empat indikator akan dibangunkan merangkumi data pendapatan, data pelaburan, data peluang pekerjaan dan data kemiskinan. - Gambar fail
IPOH:Kerajaan Perak sedang membangunkan inisiatif data raya yang dinamakan NEXUS Perak, ujar Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
Katanya,projek itu akan memacu agenda pembangunan negeri secara holistik melalui penggunaan ‘data-driven decision-making’ atau pemacu data pembuatan keputusan.
“Fungsi utama NEXUS Perak adalah untuk menjalankan perlombongan data dan analitik data; ia dimulakan dengan penyediaan ‘Tier-1 Score Card’
“Bagi peringkat awal, sebanyak empat indikator akan dibangunkan merangkumi data pendapatan, data pelaburan, data peluang pekerjaan dan data kemiskinan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, projek NEXUS Perak akan diterajui Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi mewujudkan pusat jaringan strategik antara data custodian atau penyimpan data yang membolehkan integrasi data yang relevan dapat dihasilkan antara jabatan serta agensi.
Dalam perkembangan berasingan, Saarani berkata Perak meletakkan sasaran 1,000 peserta terhadap program Pendidikan Latihan dan Kemahiran Vokasional (TVET) yang merangkumi latihan secara modular pada tahun hadapan.
Jelasnya, sasaran itu melibatkan peserta dalam kalangan penggangur, ibu tunggal, belia dan orangkelainan upaya (OKU) melalui latihan pekerjaan secara praktikal.
Katanya, pendidikan TVET dilihat sebagai pemangkin pembangunan negeri melalui pembangunan kemahiran bagi pekerja berkemahiran tinggi berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.
Saarani berkata sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri Perak 2021 bagi pelaksanaan program tersebut.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#kerajaan
#pendidikan
#OKU
#pelaburan
#DUN Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan