awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata
AKPS dalam proses lengkapkan prosedur pengambilan 200 bekas tentera
Phuket semak semula pengurusan sisa untuk pelancongan mampan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 1,135 mangsa di tiga daerah Melaka sehingga 8 malam

Bernama
Bernama
06/02/2016
14:56 MYT
Banjir: 1,135 mangsa di tiga daerah Melaka sehingga 8 malam
Sebuah rumah di Kampung Pangkalan daerah Alor Gajah digenangi air akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan hari ini. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir di Melaka terus bertambah dengan 1,315 orang daripada 281 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini sehingga 8 malam tadi.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata lapan pusat pemindahan dibuka di Alor Gajah, tiga di Jasin dan satu di Melaka Tengah.
Di Alor Gajah, seramai 458 orang ditempatkan di Balai Raya Seri Bayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (316 orang), Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam (202 orang), Sekolah Kebangsaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Surau Taman Seri Cahaya Tebong (18 orang), Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal (18 orang), Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).
"Bagi Jasin pula, seramai 62 orang mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, 25 mangsa di Sekolah Kebangsaan Chohong dan tiga mangsa di Balai Raya Asahan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata 112 orang ditempatkan di pusat pemindahan di Masjid Rahman, Tanah Merah, Krubong di daerah Melaka Tengah.
Effendy berkata mangsa banjir di negeri ini mungkin terus meningkat sekiranya hujan lebat berlarutan.
Beliau juga meminta mangsa banjir memberi kerjasama dengan berpindah ke pusat pemindahan yang dibuka bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.
Topic Berkaitan
#banjir
#JPAM
#Melaka
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan