awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100M T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata

Bernama
Bernama
22/01/2026
15:18 MYT
Malaysia kecam serangan terbaru Israel di Gaza, nyatakan pencabulan gencatan senjata
Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wartawan. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wartawan.

Ringkasan AI
  • Malaysia mengecam keras serangan rejim Israel di Gaza yang menyebabkan kematian orang awam termasuk kanak-kanak dan wartawan, sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
  • Kementerian Luar, Wisma Putra menekankan bahawa serangan itu melanggar perjanjian gencatan senjata yang disepakati dalam Pelan Damai 20-perkara pada 2025.
  • Malaysia menyeru agar penindasan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta-merta, sokong hak asasi mutlak rakyat Palestin, dan tegas menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata serangan itu merupakan satu pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, menekankan bahawa serangan tersebut jelas melanggar perjanjian gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebagai sebahagian daripada Pelan Damai 20-perkara pada 29 Sept 2025.
"Malaysia menegaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik ini bertanggungjawab mematuhi undang-undang antarabangsa.
"Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam serta menjejaskan keselamatan dan akses kepada perkhidmatan asas tidak boleh diterima sama sekali dan membantutkan usaha ke arah meredakan ketegangan, demi mencapai keamanan dan kestabilan," menurut Wisma Putra pada Khamis.
Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan seruannya agar penindasan, kekejaman dan pembunuhan keatas rakyat Palestin dihentikan serta-merta, serta agar semua pihak terlibat kembali komited kearah mencapai penyelesaian yang adil dan keamanan yang berkekalan di Palestin.
Ia juga menegaskan bahawa Malaysia terus menzahirkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi mutlak rakyat Palestin, termasuk hak untuk menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Malaysia
#kecam keras
#serangan Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami