MALAYSIA
Banjir: 202 mangsa dari 65 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Daerah LMS

Fadillah meluangkan masa melawat mangsa banjir di PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang, Taiping, malam tadi. - Foto APM
TAIPING: Seramai 202 orang penduduk dari 65 keluarga di Daerah Larut Matang Selama (LMS) dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir malam tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah LMS, seramai 31 orang mangsa dari 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya; 106 dari 34 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang.
Sementara itu, 19 individu dari empat keluarga berlindung di PPS SK Matang dan 46 dari 13 keluarga di PPS SK Matang Gelugor.
Katanya, PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya menempatkan mangsa banjir dari Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa manakala PPS SK Simpang menempatkan mangsa dari Taman Mawar dan Taman Simpang Makmur.“PPS SK Matang pula menempatkan mangsa banjir dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang manakala PPS SK Matang Gelugor menempatkan mangsa dari Taman Pengkalan Setia,” kata laporan itu.

- Foto APM
Terdahulu, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah LMS, Mohd Nasrul Menhat memaklumkan pembukaan kesemua PPS itu malam tadi.
Menurutnya, PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya dan PPS SK Simpang dan PPS SK Matang dibuka jam 8.30 malam, PPK SK Matang Gelugor jam 10.30 malam.
Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof yang berada di Taiping malam tadi untuk menghadiri program pagi ini, turut meluangkan masa melawat mangsa banjir.

- Foto APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami