KUALA TERENGGANU:Banjir 2020 kali ini agak unik dan sukar dijangka berikutan cuaca hujan lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai berbanding kawasan hulu pedalaman seperti lazimnya.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata julat taburan hujan terlalu tinggi menyebabkan aliran air tidak boleh turun ke laut kerana bertembung dengan fenomena air pasang hingga mengakibatkan beberapa kawasan rendah di pesisir pantai ditenggelami air.
"Biasanya, kawasan pedalaman yang akan terjejas banjir dahulu, namun di Hulu Terengganu dan Hulu Besut, tidak berlaku pemindahan mangsa banjir pada gelombang pertama dan kedua.
"Hanya pada gelombang ketiga sahaja terdapat PPS dibuka namun jumlahnya sangat sedikit kerana taburan hujan di hulu pedalaman tidak sebanyak di kawasan pesisir pantai baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika membuat pemantauan di Pantai Batu Buruk di sini hari ini.
Banjir kali ini menyebabkan beberapa kawasan yang jarang mengalami masalah itu termasuk kawasan bandar Kuala Terengganu juga ditenggelami air lewat malam Rabu lepas.
Che Adam berkata menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Terengganu akan menerima empat hingga enam episod hujan lebat hingga Januari depan, dengan tiga episod telah berlaku.
Justeru, Che Adam berkata kesiapsiagaan jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah dipertingkatkan daripada aspek operasi dan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.
Ketika ini, Terengganu menghadapi gelombang ketiga banjir bermula Khamis lepas dengan 532 mangsa berada di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan enam daerah sehingga 3 petang ini.
Berhubung tahap pematuhan orang ramai terhadap SOP, Che Adam berkata langkah pencegahan yang dilakukan sebelum ini berjaya meningkatkan kesedaran mereka untuk tidak lagi melakukan rutin tahunan termasuk mandi air banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh.
"Mangsa banjir juga sudah maklum dengan jarak fizikal, pemakaian pelitup muka, tidak boleh solat berjemaah dan gotong-royong memasak di PPS seperti mana amalan biasa sebelum ini.
"Keseluruhannya, tahap pengurusan banjir kali ini lebih baik hasil kerjasama semua pihak walaupun berdepan cabaran berganda iaitu banjir dan COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Banjir kali ini menyebabkan beberapa kawasan yang jarang mengalami masalah itu termasuk kawasan bandar Kuala Terengganu juga ditenggelami air lewat malam Rabu lepas. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Peniaga bazar perlu jujur menjual juadah, jaga keberkatan Ramadan
Pernah atau tidak anda membeli makanan basi, atau tertipu dengan imej makanan yang tidak sama dengan dihidangkan di bazar Ramadan?
Laporan siasatan angggota bomba lemas siap lagi dua minggu
Laporan siasatan insiden seorang anggota bomba lemas ketika menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin JBPM Mak Mandin pada 22 Feb lepas, akan diperoleh dalam tempoh dua minggu.
Jabatan Patologi Hospital di Johor tetapkan SOP lebih ketat, elak rasuah
Hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes rasuah.
Melaka akan perkenal garis panduan, SOP atasi masalah kekurangan beras tempatan
Ia bagi menyelaraskan semua data bekalan beras tempatan yang akan ke Melaka dan di mana ia diedarkan.
SOP REE yang akan dikeluarkan dapat atasi masalah kecurian - Sanusi
Sanusi berkata prosedur operasi standard (SOP) melibatkan unsur nadir bumi (REE) yang akan dikeluarkan kerajaan dapat mengatasi kecurian hasil mineral itu di seluruh negara.
PRN: KKM syor guna pakai SOP kesihatan pilihan raya sedia ada
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) kesihatan pilihan raya sedia pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Langkah kerajaan kemas kini SOP COVID-19 praktikal - Pakar
Langkah berkenaan juga tepat, susulan pengisytiharan WHO bahawa COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global.
Pelitup muka tak wajib, tapi digalakkan ketika di hospital, pengangkutan awam
Tempoh pengasingan kes disahkan COVID-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.