awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 211 mangsa masih berlindung di PPS, PPK di Johor dan Sabah

Bernama
Bernama
17/04/2025
03:00 MYT
Banjir: 211 mangsa masih berlindung di PPS, PPK di Johor dan Sabah
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 155 mangsa daripada 54 keluarga pagi ini, berbanding 152 mangsa daripada 54 keluarga petang semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 211 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah dan Johor, setakat 8 pagi ini.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 155 mangsa daripada 54 keluarga pagi ini, berbanding 152 mangsa daripada 54 keluarga petang semalam.
"Sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di Beaufort dan trend pemindahan kekal dan kesemua mangsa berlindung di PPK Selagon, Beaufort," menurut kenyataan itu
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata, jumlah mangsa kekal seramai 56 orang daripada 17 keluarga dan masih ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat sejak Isnin lepas.
PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 41 mangsa daripada 12 keluarga manakala Dewan Komuniti Kampung Tasek menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Pusat Pemindahan Kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan