awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan Smart Tunnel semalam - Zaini

Fareez Azman
Fareez Azman
19/12/2021
09:06 MYT
Banjir: 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan Smart Tunnel semalam - Zaini
Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5 juta meter padu air banjir berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.
"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan lencongan banjir dalam usaha mengurangkan impak kejadian banjir.
"Lencongan SMART telah mula diaktifkan sehingga mod 4 pada jam 7.45 malam 18 Disember 2021 sehingga jam 12.00 tengah hari ini, lencongan telah diturunkan kepada mod 1 dengan sebanyak 5 juta meter padu air berjaya dilencongkan sejak semalam," jelasnya.
Tambah Zaini, sejak dibina pada tahun 2007, ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam.
"Ini merupakan satu rekod yang baru bagi Pusat Kawalan SMART JPS kerana selama lapan kali operasi mod 4 sebelum ini sejak 2007, setiap peristiwa hanya merekodkan kurang dari 3 jam operasi lencongan.
"Namun pada operasi mod 4 kali ini, operasi lencongan telah berlangsung selama 22 jam," katanya lagi.
Jelasnya, jika 5 juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan, beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk.
"Air sungai Klang akan masuk ke Kuala Lumpur bercantum di Masjid Jamek (jika kita tidak lencongkan), kita dah keluarkan 5 juta meter padu, dalam keadaan itu pun air masih berada di paras bawah jambatan.
"Bayangkan kalau ada lagi 5 juta meter padu jika tidak dilencongkan, kalau ikut pengiraan memang Kuala Lumpur akan tenggelam," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Kawalan SMART JPS di ibu negara pada Ahad.
Topic Berkaitan
#banjir
#Smart Tunnel
#Kuala Lumpur
#bencana banjir
#Ir Dr Zaini Ujang
#Jabatan Pengairan dan Saliran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan