awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Anggota APM teruskan tugas walau rumah sendiri ditenggelami air

Bernama
Bernama
03/03/2022
23:15 MYT
Banjir: Anggota  APM teruskan tugas walau rumah sendiri ditenggelami air
Rozaini tetap meneruskan tugasnya membantu mangsa banjir walau rumahnya sendiri dinaiki air. -Bernama
HULU TERENGGANU: Walaupun mengetahui rumah sendiri dinaiki air setinggi paras dada namun seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetap meneruskan tugasnya membantu mangsa banjir.
Ketika menerima berita mengenai keadaan rumahnya di Kampung Baru Paya Dadeh, Bukit Tokbat pada Sabtu lepas, Rozaini Sakri, 34, sedang mengedarkan bantuan makanan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), kira-kira tiga kilometer dari tempat dia tinggal.
"Ketika menerima berita itu, pelbagai perkara timbul dalam fikiran tetapi saya tetap meneruskan tugasan dan hanya pulang ke rumah setelah selesai mengedarkan makanan pada kira-kira 4 petang," katanya kepada Bernama.
Menurut Rozaini, apa yang mampu dilakukan ketika itu ialah meminta bantuan anggota lain yang kebetulan bertugas di kawasan berhampiran untuk menyelamatkan ibunya, Rosnah Abdul Razak, 53, yang kurang sihat, terlebih dahulu.
"Di sebelah petang apabila pulang ke rumah, saya melihat ia telah ditengelami air dan agak terkejut kerana sebelum ini walaupun dilanda banjir, air tidak pernah memasuki rumah," katanya.
Dia berkata banjir itu juga menyebabkan 20 ekor lembu ternakan bapa saudaranya hilang dipercayai dihanyutkan arus deras yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM80,000.
"Sekarang ini hanya tinggal dua ekor lembu sahaja, mungkin kedua-duanya sempat lari ke kawasan tinggi semasa banjir manakala yang lain tidak dapat dikesan," katanya.
Tinjauan Bernama ke kediaman Rozaini mendapati 90 peratus peralatan elektronik dan perkakasan lain musnah manakala sebuah kereta dan tiga motosikal turut ditenggelami air.
Barangan seperti katil, tilam, bantal, set meja makan dan kerusi serta dokumen penting juga musnah dalam bencana itu.
Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah pula berkata rumah 17 anggota agensi itu turut dinaiki air sejak banjir bermula pada 25 Feb lepas, yang disifatkan terburuk dalam lima episod gelombang Monsun Timur Laut sejak 2 Dis 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota APM
#tidak penting diri
#Rozaini Sakri
#rumah sendiri ditenggelami air banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan