BALING: Kedatangan Aidiladha hari ini yang sepatutnya diraikan penuh kegembiraan, disambut dengan rasa pilu oleh Abd Rahman Said, 71, kerana masih terkenangkan tiga ahli keluarganya yang terkorban dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di sini pada Isnin lepas.
Bencana itu menyebabkan isterinya Salmah Mat Akib, 53, anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, dan menantunya yang sedang hamil empat bulan Nurul Anis Abu Hassan, 23, maut apabila rumah mereka di Kampung Iboi di sini dihanyutkan arus deras.
"Bukan tidak mahu melupakan kejadian itu tetapi saya masih sedih teringatkan isteri, anak serta menantu yang sudah tiada, lebih-lebih lagi pada hari raya ini. Suasana pada hari ini jadi lain.
"Arwah isteri saya dulu strok, biasanya setiap pagi saya bangunkan dan mandikan dia, selain sediakan makan untuk dia, sama juga pada hari raya," katanya ditemui pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Raudhatul Falah, Kampung Iboi, Kupang di sini hari ini.
Abd Rahman yang masih trauma dengan kejadian itu bagaimanapun berazam untuk menghadapi dugaan tersebut dengan tabah dan berusaha meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, warga emas itu menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan yang diimamkan Timbalan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Kariah Kampung Iboi Mohammad Zawawi Ibrahim dan disertai kira-kira 300 jemaah termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Abd Rahman yang ketika ini masih tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, kemudian menziarahi pusara tiga ahli keluarganya itu di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam, di sini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Iboi Norhayati Ismail, 38, berkata kebiasaannya pada hari raya dia akan berkumpul bersama ahli keluarga dan menikmati juadah seperti ketupat, lemang dan rendang.
Katanya berbeza pada hari raya kali ini apabila dia kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Kupang musnah sepenuhnya dalam bencana tersebut.
"Rumah saya terletak bersebelahan dengan rumah tiga sekeluarga yang meninggal dunia itu, tapi kami sekeluarga sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut sebelum rumah saya musnah sepenuhnya," katanya.
Norhayati berkata dia bersama suami dan empat anaknya berusia antara sembilan hingga 18 tahun kini menumpang di rumah mentuanya di Kuala Ketil dekat sini.
Menurutnya setakat ini bantuan seperti pakaian, barangan keperluan harian dan makanan adalah mencukupi, namun dia mengharapkan bantuan pakaian serta peralatan persekolahan untuk anak-anaknya.
Dalam kejadian pada petang Isnin lepas, beberapa kawasan di Baling dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan 1,490 penduduk terjejas selain meragut tiga nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 10 2022
Bencana itu menyebabkan isteri, anak tiri, dan menantu Abd Rahman yang sedang hamil empat bulan, terkorban. - Bernama
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.