BALING: Bilangan mangsa banjir di sini mencatatkan pertambahan iaitu seramai 130 orang melibatkan 37 keluarga, ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 7 pagi ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz, berkata seramai 96 mangsa daripada 31 keluarga berada di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang.
Manakala 34 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang.
“Kesemua mangsa diarahkan berpindah bermula jam 8 malam tadi selepas air sungai melimpah memasuki kediaman mereka.
“Ini berikutan keadaan tidak selamat untuk tinggal di dalam rumah kerana air melebihi satu meter dan ditambah hujan berterusan dan cuaca gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua mangsa terlibat adalah dari Kampung Iboi, Padang Empang, Kampung Hangus, Kampung Bendang Bechah, Kampung Tok Saba, Kampung Masjid Iboi, Kampung Lata Chelak, Kampung Bok Bak dan Tanjung Nering.
Mohd Faizol berkata, banjir kilat yang berlaku petang semalam turut menjejaskan penduduk di Taman Bayu Sejahtera dan Kampung Sungai Batu, namun tidak melibatkan pemindahan mangsa.
Kejadian kepala air dan banjir kilat di mukim Kupang ini adalah kali yang ketiga, selepas insiden pertama yang mengorbankan tiga nyawa pada 4 Julai lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 07 2022
Mangsa diarah berpindah bermula jam 8 malam tadi selepas air sungai melimpah memasuki kediaman mereka dan rumah mereka tidak selamat untuk didiami. - Foto Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.