BALING: Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, berkata sehingga jam 3 petang tadi seramai 106 mangsa daripada 31 keluarga masih berada di dua PPS.
Katanya, seramai 94 mangsa daripada 30 keluarga di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, manakala 12 mangsa daripada satu keluarga (PPS Dewan Masjid Al-Huda, Kampung Hangus, Kupang).
“Semua mangsa yang tidak dibenarkan pulang merupakan mangsa dari Kampung Padang Empang dan Iboi (PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang),” katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, air telah surut namun pihaknya bimbang keadaan cuaca yang boleh berubah pada sebelah petang.
“Keadaan cuaca hari ini sedikit cerah, sesekali mendung tetapi tiada hujan, namun kita masih bimbang kerana kebiasaan hujan akan turun pada sebelah lewat petang.
“Pemantauan terus dilakukan pihak berkuasa terdiri daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari semasa ke semasa,” katanya.
Dalam pada itu, katanya jambatan Bailey menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang rosak akibat banjir masih ditutup kepada semua kenderaan dan pejalan kaki
Katanya kerja pembaikan masih dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Adie Sufian Zulkefli
Thu Sep 08 2022

Jambatan Bailey menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi yang rosak akibat banjir masih ditutup kepada semua kenderaan dan pejalan kaki. - Gambar/ Astro AWANI

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Kampung Iboi di Baling banjir lagi
Hujan lebat berterusan menyebabkan Jambatan Bailey dilimpahi air, kediaman penduduk terjejas.

Banjir Baling: 108 mangsa dipindahkan, tiga PPS dibuka
Tiga PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari, Sekolah Kebangsaan Seri Bayu dan Sekolah Kebangsaan Siong.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Baling dilanda banjir kilat, 81 keluarga terjejas
Daerah Baling di Kedah sekali lagi dilanda banjir kilat mengakibatkan 81 keluarga terjejas di empat mukim pada Ahad.

Banjir Baling: Kolam kering atau 'ada air' tidak beri kesan kepada sebarang bencana - MB Kedah
Dakwaan dilemparkan untuk timbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk setempat, kata Muhammad Sanusi.

Banjir Baling: Kerugian bencana 4 Julai dianggarkan RM28 juta - Sanusi
Anggaran kerugian susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku buat kali pertama di sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu adalah sekitar RM28 juta.

Banjir Baling: Hanya satu PPS tempatkan 30 keluarga masih dibuka
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Al Huda Kampung Hangus ditutup petang tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah susulan cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.