SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd Yusoff untuk segera menyelaras bantuan Musa'adah jabatan itu kepada mangsa banjir di Baling, Kedah.
Beliau berkata, selain Jakim, agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah seliaannya juga turut diarah turun ke lapangan bagi membantu pihak berkuasa negeri itu.
“Saya mengikuti laporan media yang melaporkan kejadian banjir lumpur melanda beberapa kawasan di daerah Baling, Kedah.
“Dari lubuk hati yang dalam, saya berasa amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan ujian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Isnin.
Idris dalam masa sama turut mendoakan semua pihak yang terkesan dengan bencana alam itu agar tabah menerima ujian ini.
“Saya menyeru seluruh masyarakat termasuk para jemaah haji di Makkah bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara kita,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah telah dikerah bagi membantu mangsa banjir kilat di daerah Baling, Kedah susulan hujan lebat di kawasan berkenaan selama kira-kira satu jam petang tadi.
Menurutnya, bantuan lori dan bot penyelamat dari JBPM Perak juga telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Bomba sedang fokus operasi menyelamat di SMA Yayasan Khairiah, Baling kerana difahamkan ada kemungkinan pelajar terperangkap di sana.
“Operasi menyelamat masih lagi berjalan sehingga kini. Sama-sama doakan semoga mangsa yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat,” katanya.
BACA: Baling dilanda banjir, air Sungai Kupang melimpah, batang kayu 'singgah' depan rumah
BACA: Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
BACA: Banjir di Baling: Lebih 11 kampung terjejas, 3 PPS dibuka
Sinar Harian pada Isnin melaporkan JBPM Kedah berjaya menyelamatkan 55 mangsa banjir selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat selama tiga jam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kesemua mangsa terlibat dipindahkan selepas bomba menerima panggilan tentang kejadian banjir melibatkan beberapa kampung di Baling kira-kira jam 5.31 petang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 04 2022

Keadaan banjir yang melanda beberapa kampung di Baling, Kedah. - Foto APM

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.

MOSTI lancar Pelan Haja Tuju Teknologi Negara
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan lima Pelan Hala Tuju Teknologi negara bagi memperhebatkan usaha Malaysia menjadi pembangun teknologi, sekali gus mengurangkan kebe

Bomba Kedah kenal pasti lima lokasi berisiko berlaku kepala air
Bomba Kedah turut meletakkan 13 lokasi lagi di bawah langkah berjaga-jaga yang berpotensi berlaku kejadian seumpamanya.

Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing
Kerajaan dicadang melakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing di peringkat kebangsaan bagi mengelak kejadian banjir Baling berulang.

Banjir Baling: Fenomena proses geologi berangkai punca banjir puing - KeTSA
KeTSA menyimpulkan bahawa kejadian banjir puing yang berlaku di Sungai Kupang, Baling, Kedah Julai dan Ogos lalu adalah disebabkan fenomena proses geologi berangkai.

Agong bantu sekolah agama terkesan banjir di Baling
Baginda menzahirkan harapan semoga kurniaan itu dapat membantu mengurangkan beban pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Mangsa banjir di Baling dinasihat tidak pulang
Mangsa banjir di Baling dinasihat tidak pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan masih turun sepanjang hari ini.

Banjir Baling: 16 keluarga yang tinggal sepanjang jajaran Sungai Kupang akan dipindahkan
16 buah keluarga yang tinggal di kawasan sepanjang jajaran Sungai Kupang, Baling akan dipindahkan melalui proses pemindahan fasa kedua.

Banjir Baling: Ladang durian Musang King bukan puncanya - MB Kedah
Projek penanaman Musang King di Gunung Inas tidak menjadi punca kepada berlakunya tragedi banjir dan kepala air sekitar Kupang, Baling, 4 Julai lalu.

Projek durian Musang King di HSK Rimba Teloi bermungkinan tidak hadirkan risiko - Sanusi
Projek tanaman durian jenis Musang King di Hutan Simpan Kekal (HSK) Rimba Teloi, Sik berkemungkinan tidak menghadirkan risiko yang membawa kepada kejadian banjir dan kepala air.

Hospital, beberapa kampung di Baling dilanda banjir, dua PPS dibuka
Hujan lebat tanpa henti lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kampung di daerah Baling dilanda banjir kilat.

Kerja mendalamkan Sungai Kupang giat dilakukan
Kerja-kerja mendalamkan Sungai Kupang dilakukan menggunakan dua jentera pengorek yang disediakan Pejabat Khidmat Parlimen Baling.