awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/07/2022
04:50 MYT
Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras. - Foto Astro AWANI
BALING: Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, di sini, semalam, ditemui dalam keadaan berpelukan dengan ibu mertuanya yang menghidap penyakit strok.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka yang dihanyutkan arus deras.
"Untuk hari ini, kita fokus pencarian dalam radius awal, lebih kurang 100 meter dari kawasan rumah mereka. Dan Alhamdulillah, dalam pukul 9.30 pagi tadi mangsa berjaya dikesan anggota pasukan STORM.
"Mereka nampak kaki mangsa yang terperangkap di dalam (atau) bawah bongkah kayu, berkemungkinan mangsa hanyut bersama bongkah kayu dan tersangkut di kawasan yang kita temui itu.
"Apabila dikeluarkan, ada seorang mangsa di situ. Mangsa pertama adalah wanita mengandung Nurul Anis, dan di bawah mangsa pertama tadi ditemui mangsa kedua.
"Kedua-dua mangsa ditemui berpelukan, di lokasi sama dalam tempoh sama. Lima belas minit kemudian, mangsa kedua berjaya dikeluarkan selepas mangsa pertama dikeluarkan," katanya.
Sayani berkata demikian ketika ditemui media di Kampung Iboi, hari ini.
BACA: Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
BACA: Banjir Baling: Operasi mencari tiga individu hilang diteruskan pagi ini
Banjir | Perkembangan di Baling
Dalam perkembangan sama, Sayani memaklumkan, operasi pencarian mangsa ketiga, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, sedang giat dijalankan.
Setakat ini, jelasnya, pasukan penyelamat juga telah berjaya menyelamatkan 155 mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir serta kepala air itu.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#mayat berpelukan
#Sayani Saadon
#kepala air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan