ALOR SETAR: Penduduk yang tinggal di 17 buah rumah yang terletak dalam ‘zon kuning’ berisiko tinggi di sepanjang jajaran Sungai Kupang, daerah Baling, akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat sebaik sahaja proses pengambilan semula tanah selesai dilaksanakan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan bagi pelaksanaan rancangan itu dan kini berada pada fasa proses pengambilan semula tanah.
Mengulas mengenai kejadian banjir yang berlaku di Kampung Iboi pada Selasa, Muhammad Sanusi menegaskan, beliau sudah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Baling agar menyegerakan proses memindahkan pasir di Lata Chelak, Kampung Iboi.
Tindakan itu, kata beliau, bagi mengelak timbunan pasir dikumpulkan sekitar Sungai Kupang dihanyutkan semula ke kawasan sungai selepas berlaku hujan lebat.
"(Saya mahu maklumkan) kita sudah buat untuk proses pengambilan balik tanah untuk pindahkan penduduk (yang tinggal) di zon kuning, zon kuning (kesemuanya) ada 17 buah rumah, yang sebelum ini 17 buah rumah telah musnah.
“Kemudian di pinggir (sungai) itu ada zon kuning dan kemudian zon hijau, zon kuning dicadangkan untuk (proses) pemindahan, kita (sedang dalam proses) buat pengambilan balik tanah untuk membina perkampungan baharu bagi 17 rumah yang akan dipindahkan ke kampung berkenaan,” kata beliau.
Muhammad Sanusi berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Kedah sempena Sukan Malaysia (SUKMA) di Dewan Seri Mentaloon, di sini, pada Khamis.
Selain langkah penyelesaian itu, Muhammad Sanusi juga mencadangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk mendalamkan Sungai Iboi dalam masa sama.
Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, pembinaan 12 rumah baharu kepada mangsa banjir awal Julai lalu yang dibina di Desa KEDA Sadek akan disiapkan menjelang Disember ini.
Semalam, penduduk di Kampung Iboi meluahkan hasrat ingin segera berpindah kerana tidak sanggup lagi untuk melalui ujian tragedi kepala air serta banjir kilat yang sering berlaku.
Rata-rata penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Kupang juga trauma dengan bencana alam yang turut menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda selepas kejadian ketiga pada petang Selasa mengakibatkan lumpur setinggi satu meter memasuki kediaman dan premis perniagaan.
Abd Hadi Che Awang
Thu Sep 08 2022
Penduduk yang tinggal di 17 buah rumah yang terletak dalam zon kuning berisiko tinggi di sepanjang jajaran Sungai Kupang, daerah Baling, akan dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat, kata Menteri Besar Kedah. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir Baling: Balak hanyut ke depan rumah
Banjir kilat yang melanda Kampung Iboi pada Rabu diibaratkan sama seperti kejadian kepala air yang melanda kampung berkenaan pada 4 Julai tahun lalu.
Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.
Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.
Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.
Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.
Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.
Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.